Checkout Shahfazreen ( Team Tampin ) Watch Video

Pengenalan Team Leader pilihan anda :

RAMAI peserta dari musim pertama hingga kini ,yang menyertai Seremban Team 1 bersama Shahfazreen turun 6 Kilogram – 25 Kilogram dalam 6 Minggu !!

Siapa Shahfazreen ?

Mohd Shahfazreen Bin Shahruddin
Berasal dari Negeri Sembilan

Alami masalah obesiti dari zaman kanak kanak sehingga berumur 23 tahun

Bermula menurunkan berat badan sendiri Januari 2013 – Jun 2013 dari berat 130 kilogram – 65 kilogram dalam 6 bulan

Tukar saiz dari XXXL kepada S ,pinggang 46 inci kepada 31 inci dalam 6 bulan tanpa sebarang supplement.

 5 Tahun pengalaman dalam fitness & weightloss

 Anak Malaysia pertama diundang untuk Seminar & Fitness Talk di 5 buah universiti utama Mesir & Malaysian Hall of Egypt

Simple person, friendly, ceria & fun person .Aktiviti jom kurus  akan dikendalikan dengan suasana ceria namun memberi impak berkesan sepanjang 6 minggu

Akan berkongsi dalam 6 minggu teknik turunkan berat badan ,senaman yang tepat & berkesan, cara menghadapi pelan makanan sepanjang cabaran jom kurus

Sama seperti anda satu masa dulu,sedikit sebanyak kegemukan jadi penghalang menjalani aktiviti seharian,bersama kita sahut halangan menjadi satu push faktor yang kuat untuk ubah berat dan saiz badan !

Pengalaman 10 musim mengendalikan Jom Kurus 1 Malaysia,keinginan untuk kurus dalam diri anda akan ditambah oleh kekuatan dari rakan sama dalam program serta tips tips agar kali ini kita betul betul berjaya transform saiz badan

Group support dari alumni Jom Kurus Seremban akan sama berkongsi success story mereka untuk panduan kita menjadi pembakar semangat adanya ramai ex peserta yang berjaya turunkan berat dalam team ini

Saya bukan coach anda,saya bukan trainer anda, saya family baru anda dalam Jom Kurus 11 

6 minggu yang sangat ceria,sangat happening setiap sesi yang mencabar diri dan disupport oleh rakan rakan seperjuang serta bersama shah untuk kita keluar dan bebas dari masalah OBESITI & KEGEMUKAN .INSYAALLAH

Pengalaman Shahfazreen dalam bidang Kurus :

 Fitness Speaker dalam & luar negara Konsultan kepada Kedutaan Besar Malaysia di  Kaherah Mesir

Team Leader Jom Kurus 1 Malaysia dari musim pertama hingga musim ke 11 ( terkini )
5 Tahun mengendalikan ratusan peserta Jom Kurus 1 Malaysia sejak tahun 2014 hingga 2018
Ikon Team Leader Jom Kurus Musim 10

Fitness Konsultan bagi Petroliam National Berhad ( PETRONAS ) selama 3 tahun ( 2015 -2018 )
Dilantik sebagai speaker utama untuk Fitness Interactive Talk oleh Petronas KLCC 2015 & 2016
Fitness Trainer & Konsultan Universiti Putra Malaysia 6 weeks Fit Challenge 2015
Fitness Trainer & Konsultan 6 weeks Get Fit Get Slim Petronas Research Bangi 2015
Fitness Trainer & Konsultan 5 weeks Cabaran Slim Fit Syawal Puteri Umno Malaysia 2014
Fitness Trainer bagi HR Day Konsortium Air Selangor 2016 & 2017
Fitness Konsultan & Trainer untuk SME Bank Kuala Lumpur HQ bagi tahun 2017 – kini
Head Trainer bagi program turun berat 6 bulan Fit & Cool oleh My Sihat Kebangsaan

 Fitness konsultan bagi Institute Medical Research Malaysia ( IMR )

Berpengalaman luas mengendalikan puluhan program slim dan fit ,turun berat badan disekitar Kuala Lumpur & Negeri Sembilan dan ratusan mereka yang berjaya KURUS !

Ramai dikalangan peserta bekas peserta Jom Kurus Seremban yang kini telah berjaya kurus dan berjaya sebagai Team Leader Jom Kurus untuk berkongsi pengalaman turunkan berat dan saiz badan

Pengiktirafan :

Certified Weightloss Specialist by NASM
Certified Group Fitness Innovative by Fitness International
Certified Nuero Linguistic Programming by NFNLP Florida U.S.A
Certified Fitness Instructor by NAFI
Certified Personal Trainer by NASC
 Certified Bootcamp Trainer by NASC
Best Presenter Speaker oleh Neuronwork International

Bagaimana nak hubungi Shahfazreen 

Talian untuk Call ,Sms ,Whatsapp dibuka setiap hari 24 Jam di 0132832109 

Boleh juga email pertanyaan anda ke fitnessbuddiesglobal@gmail.com

Tidak semestinya tuan puan perlu daftar terus apabila hubungi kami,boleh sahaja bertanya apa sahaja yang ingin tahu tentang Jom Kurus 1 Malaysia Team Tampin

Nak tahu lagi perkara & aktiviti best sepanjang Jom Kurus 11 Tampin ? Ok ,jom lihat di FAQ dan ruangan lain dalam profile ini.

Jadikan baki tahun 2018 ini adalah detik KEJAYAAN kita dalam menurunkan berat dan saiz badan ! Jom Kurus !!

Q Dimana lokasi aktiviti & senaman akan dilakukan

Lokasi aktiviti & senaman akan dilalukan di sekitar Tampin. Dekat ,mudah & menjimatkan masa anda.

Q Ramai lelaki ke ramai wanita ? Sesi bercampur tak ?

Pengalaman dari musim 1 -10, biasanya 70% wanita & 30 % lelaki. Sesi dilakukan bersama namun masih menjaga batas & syarie antara keduanya. Pasangan suami isteri juga ramai sebagai peserta.

Q Boleh bawa anak bersama ketika aktiviti jom kurus ?

Boleh digalakkan sekiranya anda boleh mengawal & memerhatikan. Bergantung kepada keselesaan anak anak anda juga.

Q Segan nak join sebab seorang diri dan takde geng ?

Its Ok ! Dari jom kurus ini anda akan berkenalan dengan rakan rakan baru yang sama misi & matlamat untuk kurus & sihat seperti anda. Seperti juga 10 musim yang lepas #faq

Q Cara paling mudah nak hubungi Shahfazreen

24 Jam talian dibuka di 0132832109. Direct call lebih mudah & pantas. Whatsapp pun boleh jika segan .. Tanya je dulu !

Q Betul ke ramai yang berjaya turunkan berat badan dan kurus ? Ada gambar ?

Ada lebih dari 300 gambar mereka yang berjaya turunkan berat dan saiz badan dalam jom kurus bersama Shahfazreen.. Klik link ini 🙂 https://www.flickr.com/photos/fitnessbuddiesmalaysia/albums/72157686032141876

Q Tak pernah bersenam & lama tak bersenam boleh join ke ?

Boleh . Ini adalah permulaan & langkah awal untuk aktif & kurus .. Jom join..2018 dah nak habis

27 Reviews for Shahfazreen ( Team Tampin )

mawardiana201467

1 Reviews

Impian yang pasti terlaksana !

5/ 5

Alhamdulillah…misi untuk mengajak suami supaya kurus dan sihat berhasil… Syakie mulanya tercari2 program fitness untuk membantu suami & kebetulan JK1M 10 bermula… setelah membaca banyak review rasanya tak salah mencuba program ini…Akhirnya 27 Januari 2018 kami mendaftar sebagai pasangan suami isteri di bawah Coach Shah… Paling penting tiada ubat kurus ya dalam program ini.Hanya bimbingan ,motivasi & aktiviti yang diberikan tapi pokok pangkalnya perlu bermula diri sendiri ! Tiada paksaan dari Coach Shah tapi kata2 gurauan nya mampu membuatkan kami rasa rugi kalau tak lakukan dengan istikamah. 6 minggu bersama Jom Kurus & SFA membuatkan kami kehilangan berat yang banyak… Walaupun tak dapat teruskan program seterusnya tapi semangat untuk kurus masih diteruskan sendiri… Begitu hebatnya aura daripada Coach Shah… Tq Coach.. Ilmu daripada coach sangat2 bermakna buat kami.. Syakie & Shahril

Was this review ...?

norain.zulkifli77

1 Reviews

Tak kenal maka tak cinta!

5/ 5

Coach shah coach yg happening dan kelakar. Suka benar laa buat ayat cia cia cia dia tu…hehehe.. Sedikit summary utk coach shah: – coach yg happening, friendly and very approachable – x kedekut ilmu. Sumpah tanya laa ape saje kemusykilan dia akan cuba bantu dan jawab. – pemurah juga, since x dpt join program dia (yg ada yuran) atas kesibukan kerja, dia ckp dtg je bila ada masa join, dia bagi free of charge je. Dia program selepas Jom Kurus tau… – bila dia bgtahu dalam jom kurus ni, confirm blh turun 6,7kg sepanjang program, sila percaya! (Kena buat betul2 laa yg dia ajar) – coach hebat dlm designkan exercise, dia akan combine kan cardio dan weight supaya exercise tu bermutu dan berkualiti. Sy mmg rasa rugi sgt x dpt join SFM bwh kelolaan coach, sampai skrg rasa ralat, tp apakan daya kekangan masa dan kerja. Overall, total lost sy bersama coach since 26 January until today 7 July 2018 adalah 16.5kg. Alhamdulillah. Jika sy mampu berubah, mengapa tidak anda? Good luck!

Was this review ...?

zulkhairi11022

1 Reviews

5 bintang dan "Aura Sayalah Bintang".

5/ 5

Coach syah antara individu yg terlibat dlm memberi dorongan dan semangat utk memulakan perjalanan menurunkan berat “beban” sy. Aktiviti yg menarik dan pelbagai yg trlah ditempuhi. Tidak kedekut dengan ilmu2 dlm menurunkan berat badan. Sering berkongsi idea dan tips utk menurunkan berat badan. Seorg coach yg sgt best. 5 bintang… -zuljkmx-

Was this review ...?

srenn3738

1 Reviews

Cooch best..program pun best!

5/ 5

Masa mula2 joint sy takde letak expectation yg tinggi sgt pun. Mula2 joint pun sbb ikut org. Surprisingly, cara Coach Shah handle program adalah menarik dan sangatlah tak membosankan. So mak tak stress. Tambah2 pulak teammates best dan yg pentingnya Coach Shah selalu remind kitorg utk support each other dan make sure bonding kami kuat. Dah abih program pun still maintain dlm group utk ingatkan masing2 supaya jgn gemok balik! Coach Shah jugakla yg berjaya buat sy tergamak pegi panjat bukit seminggu 4,5 kali sbb nak kurus punya pasal. Sblm ni mmg jgn harap sy nak buat. Pendek cerita, mmg berbaloi2….so sape yg belum join, joinla cepat. Rasa hasilnya sendiri.

Was this review ...?

julina197064

1 Reviews

Kak Ju

5/ 5

MEMANG BERBALOI JOINT JK1M10 BERSAMA COACH SHAH Kak Ju joint JK1M10 dengan berat badan 85.5 kg dengan masalah sakit lutut yang melanda. Alhamudullilah dengan bimbingan, dorongan, ilmu serta pengalaman yang dimilik Coach Shah dapat membantu Kak Ju mengurangkan berat badan akak. Total lost sepanjang enam minggu program JK1M10 Kak Ju adalah 6 kg dan sekarang perjalanan misi kurus tetap diteruskan bersama Coach Shah dengan siri training yang lain. Di samping itu Coach Shah juga turut memberi bimbingan dalam aspek pemakanan yang teliti khususnya dalam aspek kalori intake. Sesunggguh amat berbaloi dapat joint JK1M10 bersama Coach Shah. So…apa lagi nak fikir2 jom joint JK bersama Coach Shah. 😀😀😀

Was this review ...?

hairunnisahardzir6

1 Reviews

RUGI KALAU TAK JOIN!!!

5/ 5

Firstly!! Coach Shah byk sgt pengalaman dan ilmu dalam fitness adalah sangat tinggi dan bagus. Banyak perubahan pada diri saya bile join JKM10, byk ilmu yang sy dapat, dari xboleh buat push up da boleh bt push up. byk benda execise yang xboleh dah jadi boleh. Come on guys jangan rugi kan diri, bile bdn sihat kebaikan kat diri kite jugak. Untuk gurls yang mcm malu sbb coach lelaki, after masuk nnt xde dah malu2. Btw dri januari smpai june sy da lost 10kg dan inch lost byk .. So guys good luck and tak rugi pada yang join under COACH SHAH!!

Was this review ...?

khyra460039

1 Reviews

An awesome journey

5/ 5

To date, berat saya ialah 57 kg. Pada julai 2015, saya call coach shah n tanya boleh ke kakak yang dah umur lebih 35 tahun ni join jom kurus 1 Malaysia? Coach shah jawab kalau umur 60 tapi stil ada keazaman n semangat untuk kurus, boleh ajaa….and 4 sept 2015, kalau x silap, saya naik atas penimbang setelah lbih 3 tahun x naik atas weighing scale n always in denial kata diri sendiri ni x laaa gemuk sangatt, just chubby ckit…. tapi bila tgk weighing scale tu, mcm x caya, dah 75kg, 3 tahun sblm tu, I was 62 kg..n after that bermula laa my journey dalam JK1M team seremban di bawah coach shah fazreen. After six wks n JK1M melabuhkan tirainya, berat saya turun 6 kg, x banyak kannnn…x mcm org lain yg turun sampai 20kg, 30 kg…tapi apa yg saya gained from coach shah fazreen during that 6 wks itu yg paling penting… dan ilmu yg saya belajar selama 6 minggu itulah yang membuatkan saya untuk terus usaha untuk sihat dan fit…n apa yang saya dapat tru jk1m adalah sahabat2 yg sama2 nk sihat n after two yrs, kami makin rapat n stil jalankan aktiviti bersama. Dulu rasanya naik bukit yg jpj guna untuk test memandu tu pon rasa hazab, tapi sekarang Alhamdulillah saya n sahabat jk1ms5 team seremban sedang cuba khatam bukit n gunung di Malaysia ni…Coach shah fazreen tqsm for the knowledge that u have shared with us, I m still on this awesome journey n inshaa Allah I am not going to quit, halalkan ilmu yg diberi.. kepada sesiapa yg masih lagi teragak2 nak join, jommmm join coach shahfazreen team seremban, inshaa Allah berbaloi2 🙂

Was this review ...?

nurfashaliyana50

1 Reviews

Thorbaikkkk….. Terima Kasih Coach Shah

5/ 5

Alhamdulillah, mcm xpercaya tp ni realiti bukan fantasi.. 23kg dalam masa 5bulan plus.. uols rase?? bukan mudah singkirkan sebanyak tu lelemak ni tp Alhamdulillah lepas join program ni di bawah bimbingan coach Shah sy BERJAYA bertukar saiz dr XXL ke L. Apa yang penting, hormat guru yg mengajar xkire la sikit ke byk, istiqamah buat sampai berjaya dan nekad utk berjaya. Pada permulaan nya sy cuma cuba2 je tuk join JK1M ni nk tau betul ke blh kurus dan sekarang ternyata dan terbukti. Sy pun dh blh kongsikan ilmu2 yg sy dpt tuk bimbing kwn2 yg lain yg masih blom join. Terima kasih daun keladi coach Shah fazreen atas ilmu yg dikongsikan. Lagi satu, kwn2 JK1M5 yg disayangi, mereka sgt3 supportive dan awesome. Sampai skrg mrk masih aktif dengan aktiviti2 fitness ni. So uols yg blom join, apa tunggu lg..better late than never kata Coach.

Was this review ...?

mysasalleh93

1 Reviews

My answeres prayers

5/ 5

BMI saya sudah bertahun lebih dari 30 dan berat badan yang berlebihan itu sudah menjadi kebiasaan. Jadi kenapa saya join JK1M? Bukan sebab BMI tetapi sebab nak naik 1 tingkat tangga pun semput. Jantung dah tidak boleh bawa beban. Dah boleh kena serangan sakit jantung bila-bila masa. Maka terdetik lah untuk mengubah cara hidup. Berdoa dapat istiqamah dalam perjalanan hidup yang sihat. Ternampak iklan JK1M5 di FB. Hubungi coach Seremban dan soalan pertama saya jadual. Saya Doktor Pakar di PPUKM yang berulang alik ke Seremban setiap hari. Jadi masa yang terluang sangat sedikit. Saya setuju join Coach Shah hanya sebab jadual dia sesuai dengan jadual saya. Tidak terfikir pun mengenai jenis senaman dan lain2. Enam minggu JK1M5, saya dapat bimbingan yang sgt bagus dari coach dan sokongan yg padu dari ahli2 JK1M5 Seremban. Rutin senaman yg sgt berkesan dan bimbingan pemakanan yang seimbang. Saiz dari XL turun kepada M. Kesihatan bertambah baik. Setelah hampir 2 tahun, saya masih mengikuti coach shah dalam setiap program yg dianjurkan. Dan kawan2 JK1M5 masih saling memberi semangat utk kekal cergas dan sihat. Terima kasih coach. Terima kasih geng JK1M5 Seremban. You are my answered prayers.

Was this review ...?

mnhalim7394

1 Reviews

Anda Mampu Berubah

5/ 5

Pertama kali tau ttg JK1M nie, sbb isteri saya yang gigih ajak saya untuk kurus. Masa tu berat saya 80++(max 85kg) dan saya rasa selesa dgn keadaan tu. Minda cuma fokus utk kerja(isnin-jumaat),sabtu&ahad istirehat/family day. Punca utama utk kurangkan berat badan adalah selepas sy dapati diri sendiri tak mampu dorong bagasi dari parkir kereta ke bilik semasa menginap di Kundasang,Sabah. Bermandikan peluh dan degupan jantung yg tinggi.Umur x smp 40 lg masa tu. Tersentap dgn senyuman sindiran kkwn yg sm trip masa tu. Dari situ, dgn bantuan isteri yg lebih mengenali diri saya, saya memaksa-relakan diri utk join JK1M-5 dibawah coach Shah. Alhamdulillah dgn coach shah, saya teruja dgn corak2 senaman yg direka khas mengikut kesesuaian peserta.Begitu juga dengan cara pengambilan makanan(daily calories control) mengikut menu sendiri tanpa terasa kekangan. Dengan kkwn baru yg mempunyai satu matlamat (walaupun berbeza umur), terasa program 6minggu bersama coach Shah singkat sekali. Apa yg penting, Fokus kita terhadap matlamat dan cara kita untuk praktikkan ilmu ‘Hidup gaya sihat’. Hasil dari program nie sy bole maintain berat badan 65kg dan skrg aktif hiking,running. Sesuatu yg sy tak pernah terfikir selama ini. Nasihat saya anda jangan berfikir, Just Do It. Enjoy the program,new friends.’Anda mampu Berubah’

Was this review ...?

jazzilleen35

1 Reviews

A WONDERFUL JOURNEY

5/ 5

I have been to various gyms, including the famous ones. Took several personal training session too but never finished them! And after years of trying, my hope of losing the excess weight started to fall apart!!! When my weight reached 102kg, it struck me that I needed to do something about it. Saw an ad about jom kurus and was inspired by old pictures of coach shah. Did a try out in one of his free session and my first impression was – hey, I like this coach and I think we could get along well lah! So, I joined #jk1m8 in Jan, 2017 under coach shah and have lost 17kg so far. I like the energy and the positive thinking of coach shah. Good energy will make you want to do more and be better in your workout. Positive thinking will help when you feel down. Saya sangat serasi dgn cara coach shah. Tips ttg pemakanan dan teknik pemakanan yg diajar banyak membantu saya. Tidak terlalu rigid tetapi sesuai dgn lifestyle dan keadaan. Coach juga seorang yg sangat supportive dan dia sangat memahami kerana telah melalui fasa yg sama dlm menurunkan berat badan. Most important is my lifestyle has changed totally. Berkehendaklah bersungguh sungguh and he will be there to help! Good luck u guys! Signing off, Jazz

Was this review ...?

airin55

1 Reviews

Great Exposure and Amazing Experience

5/ 5

…sy gemok dan tak berapa tinggi . Tp tak rasa pon itu masalah besar. Always budget lawa je . Until maximum size baju dorothy pekak adalah 18 and kalau gemok lagi sy kena buat baju sendiri . Habislah ! Well! To be honest Join jom kurus pon sebab trend and i feel its so fashionable . Encourage by Juara JK1M dua tahun berturut Sherry Halim. Sy ni mangsa ubat kurus yang gagal, pelanggan tetap bertahun tahun slimming centre – GAGAL, kalau nak angkat kaki ni jogging pon jenis yang – MALAS, kalau dulu makan bukan untuk kenyang ala kadar tapi untuk bodek orang yang masak, untuk kepuasan jadi kalau makan tuuu jenis membuak buak . Takda Ilmu, Takda Knowledge – main langgar sahaja tetapi Jom Kurus telah bagi sy pengalaman yang luar biasa, selain memupuk minat gaya hidup sihat dalam keluarga jom kurus ni ada lah ruang sy bina networking dan yang penting struktur semula gaya hidup unggul dengan saya cara pemakanan yang betul dan Teknik Senaman yang bersesuaian yang fokus untuk tujuan WEIGHT LOSS . Semangat Setiakawan dan Semangat Kekeluargaan dalam Jom Kurus ni adalah something yang I cannot buy anywhere. Thankyou Kevin Zahri and Coach Shah kerana kalian berjaya membina satu komuniti positif yang berdaya saing . May Allah bless both of you and rewards you the best happiness . Kalian bagi aspirasi dan nyawa serta badan baru kepada si OBESITI. Fyi, Coach Shah Matured, banyak pengalaman dia uruskan jom kurus, dia jenis focus and passionate dalam bidang ni . Dia akan bagi yang terbaik . I believes with his experience and expertise yang dia akan share boleh impress anda semua and bagi result yang anda mahukan. Yang penting kalau dh tetapkan MATLAMAT. Sila FOCUS jangan SELF SABOTAGE . And if you fails, do not finger others chill reflect balik and buat lagi sampaiii puas hatiii . Challenges yourself! — Jom Kurus 1Malaysia is the best platform untuk sigomok macam anda . Subcribes segera !

Was this review ...?

norsalina160745

1 Reviews

x kenal maka x cinta…

4/ 5

Sya slh sorng dri peserta ex JK1M#6..join program Jom Kurus with my husbnd..actually sya yg pksa husbnd msuk..pd mulanya utk menemn sya..tpi akhirnya husbnd yg lebih kurus dri sya..hehe..he lost almost 11kg and me lost around 8kg..stu progrm yg sgt berilmu dn memberi kesan yg sgt positif utk sesiapa yg ingin menjlani hidup yg siht dn kurus!dan yg pling ohsem anda akn dibntu oleh coach Shah yg sgt sporting..Anda nk kurus tanpa ubat..tanpa diet yg melampau..jom join progrm Jom Kurus..anda psti teruja! Percaya larr…?

Was this review ...?

das_eira22

1 Reviews

Terima kasih coach shah….

5/ 5

Tips pemakanan sihat dari coach shah dan exercise mmg berjaya menurunkan sikit berat badan saya 15kg dan size dari xxl ke l. Terima kasih coach shah utk segala tunjuk ajar .. mmg terbaik

Was this review ...?

s4p110n329

1 Reviews

best coach n doc pair ever

5/ 5

both of them are experience.. they will never change your lifestyle in order for you to get slim, but they help you to keep your lifestyle by modofying your lifestyly by adding a little bit more fun.. do help your self enjoy..

Was this review ...?

haidor6091

1 Reviews

Usia bukan alasan

5/ 5

Mula2 buat keputusan join jk1m perasaan ma berbelah bagi sbb masa tu dh nk masuk 55 thn tp berat bdn lg 3.4kg nk ke 80kg . Mengerikan… bila tgok ramai yg seusia dh mula solat guna kerusi lg menyeramkan. Jadi pejam mata terus join. ALHAMDULILLAH dgn izin Allah bnyk ilmu ‘gaya hidup sihat’ yg ma dpt dari coach Shah dan dari usia 55 thn tu lah ma memulakan join running , tracking dan yg paling best hiking (mengagumi alam ciptaan yg SATU) Seronok dpt sujud di sejadah. Seronok dpt solat dlm keheningan hutan. Seronok dpt sedut udara yg segar. Jom mulakan gaya hidup sihat. Jom join JK1M . Jom bawa niat yg betul. Eh, terpanjang plak.. sori. Lupa , skrg ma dh 57 thn.

Was this review ...?

fizisma3

1 Reviews

Great experience; ohsem coach

5/ 5

Tak rugi join…memang berbaloi-baloi…family JK1M semuo ea ohsem

Was this review ...?

mamynor95

1 Reviews

Coach yang awesome, berdedikasi n banyak pengalaman

5/ 5

Banyak ilmu yg dberikn oleh coach shah x kira lh dr segi exercise maupn pmakanan… apa shja soaln yg d ajukn, dia akn bri jawabn yg bernas n x prnah mngecewakn. Tksh coach shah, kerana anda, sya dh trun berat dr 87kg ke 68kg… pokok pangkalnya bak kata coach shah, kna kuat, sabar n ikut apa yg d ajr…

Was this review ...?

harlinda.tomadi42

1 Reviews

Nak kurus itu tak mustahil

Ini lah platform dimana saya bermula jatuh cinta semula dengan “run”, “hiking”, “healthy lifestyle” & etc. Coach Shah yg mempunyai pengalaman diri sendiri yg pernah gemok, hehehe kemudian kurus telah berjaya membantu saya menurunkan berat badan saya sebanyak 13 kg sepanjang program JK1M, Slim Fit Advance & beberapa program yg dianjurkan oleh Coach Shah. Permulaan yg agak mencabar untuk orang yg telah lama meninggalkan segala bentuk “exercise” sejak habis sekolah, tapi sekarang telah mula ada stamina untuk melakukan aktiviti2 luar. In shaa Allah anda tak akan kecewa kalau betul2 ikut apa yg coach shah sarankan. Nak kurus itu tak mustahil! 🙂

Was this review ...?

fauziothman7699

1 Reviews

Coach yg BERPENGALAMAN dan TERBAIK!!!

5/ 5

ilmu yg dicurahkan oleh coach yg berpengalaman luas mmg senang nak apply untuk ‘fit for purpose’… kalu berat naik balik pun kita dah tau mcm mana nak kontrol dan turunkan semula…. pokok pangkalnye kena ada semangat… highly recommended…

Was this review ...?

norzaitulakma47

1 Reviews

Ohsem Coach!

Lose 20Kg under his coaching! join him! Memang tak rugi! Exercise design n pattern mencabar, menarik, n tak membosankan…tgk cert dy n you can put your trust on him..sepanjang journey kuruskan badan dengan coach, tak pernah rase burden n sgt2 enjoy…!insyaAllah,if btol niat, hormat guru, x durhaka, follow semua nasihat, merasalah kau kuruss!!

Was this review ...?

zanariah.zainuri93

1 Reviews

My Experience With Coach Shah – Best Ever ??

5/ 5

I have been to gyms before but the most i lost was 1kg. I was never told or briefed abt how to control yr food intake, calculate the kcal in yr daily food consumtion, how much you can consume etc etc. When i joined JK1M #8 under Coach Shah in Jan 2017, i was briefed about managing my diet and gain knowledged that now i dont need to manually count my kcal as im familiar with it. I lost 9kg and lost a lot of inches. This included regular exercise with Coach Shah. I used to wear XXL and now i can fit into XL & L depending of the clothings/brands. Im still in my journey to reduce further my weight and currently under Coach Shah too after 2 mths of break (Ramadhan & Syawal) .. To those interested please make the move as its never too late. Im 58 years old and the oldest person in the team. MAKE THE MOVE TO SIGN UP WITH COACH SHAH..

Was this review ...?

norfarhann9245

2 Reviews

Gembira dapat join jk1m

5/ 5

Banyak perubahan yang berlaku sejak masuk jk1m dan sy berjaya mnguragkn berat sbnyk 25kg…tips yg bgus dr sgi pmkanan dan senaman yg d leader oleh coach shah..???

Was this review ...?

hellsea_9165

1 Reviews

Sebuah pengalaman yang menceriakan

5/ 5

Dr sni sy dapat berkenalan kawan yang supported…dan alhamdulillah dr xl sy dah ke saiz l….badan lebih sihat dan team leader ni memang my choice….semoga semua kurus sihat dan selamat….

Was this review ...?

norfarhann9245

2 Reviews

Gembira dapat join jk1m

5/ 5

Tips yg bgus dri sgi pemakanan dan senaman

Was this review ...?

nodaffodil54

1 Reviews

5 stars team leader!

5/ 5

coach shah antara team leader terawal dlm jom kurus, sgt banyak pengalaman dlm fitness, sgt awesome dan banyak membantu peserta dalam menurunkan berat badan. highly recommended!!

Was this review ...?

Rate us and Write a Review

Your Rating for this listing

angry
crying
sleeping
smily
cool
Browse

Your review is recommended to be at least 140 characters long

  • Price Range RM300

Claim This Listing

Additional Details

  • Sesuai Untuk BMI >40?:Yes
  • Sesuai untuk bekas peserta?:Yes
  • Sesuai untuk umur 50+?:Yes
  • Sesuai untuk beginners?:Yes
  • Sesuai untuk kanak2?:Yes