Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Selamat datang ke profile saya.

Kini Cabaran Jom Kurus 1Malaysia kembali untuk membantu anda mencapai impian.

Saya Coach Rosli , Trainer yang akan melatih anda bagi kawasan USM Sungai Dua. Dengan pengalaman selama 5 tahun dalam bidang kecergasan, saya merupakan pilihan yang terbaik!

“MYWEIGHTLOSSJOURNEY”

Berat asal yr 2000 : 118kg
Berat terkini yr 2017 : 78kg

Perjalanan saya dari orang yang ‘BERBADAN BESAR’ ke kurus bukannya mudah dan semestinya tanpa sebarang ilmu dan kesedaran yang tinggi menyebabkan saya tidak mempedulikan taraf kesihatan hingga menganggu tahap kesuburan sendiri. Akibatnya mengalami kesukaran mendapatkan zuriat untuk kami sekeluarga selama 5 tahun.
Diatas nasihat doktor, kami berdua disarankan mengamal gaya hidup sihat dan menurunkan berat badan, mendorong dan menguatkan semangat saya untuk menurunkan berat badan bagi merealisasikan impian mendapatkan seorang cahayamata.
Bermula dari situ, saya mula bernekad dan berazam untuk menurunkan berat asal dari 118kg, Alhamdulillah, dengan izinNya, saya berjaya menurunkan berat badan ke 80kg dalam masa setahun. Seterusnya, kami dikurniakan rezeki anak pertama pada tahun ke 6 perkahwinan di susuli anak yang ke dua tahun berikutnya. Berkat kesabaran dan rezeki dari Allah yang Maha Kaya, kami berdua mempunyai 3 orang putera.

SEMUA ORANG BOLEH BERJAYA, KENAPA TIDAK ANDA?

Sekiranya anda merupakan “newbies” ataupun kurangnya pengetahuan cara untuk mengekalkan aktiviti serta rentak kehidupan yang sihat cergas serta mengamalkan pengambilan permakanan yang sihat , anda boleh mengikuti program saya . Program saya direka khas dan ada objektif tersendiri kerana dalam masa pembakaran lemak peserta turut juga mengalami keseronokan di samping meningkatkan stamina.

Saya juga akan di bantu oleh dua orang Pembantu Trainer wanita ,Puan Norie Sabran dan Puan Ckin Idris khusus untuk peserta wanita. Mereka merupakan bekas peserta JK1M dari edisi yang lepas dan antara individu-individu yang telah mempunyai “WEIGHTLOSSJOURNEY” sendiri.

Dengan latihan dan fasiliti sepenuhnya yang akan diadakan di sekitar Sungai Dua, Universiti Sains Malaysia pasti memberi keselesaan kepada para peserta yang berlatih di bawah kendalian saya nanti.

Semestinya pengalaman selama 5 tahun dalam bidang kecergasan dan kejurulatihan akan diguna sebaik mungkin bagi membantu para peserta. Saya juga akan bekerjasama dengan anda dengan membantu anda cara pemakanan yang sihat dan kaedah senaman yang betul. Anda juga akan didedahkan dengan program-program yang mungkin belum pernah anda lakukan seperti BODYCOMBAT, CARDIO KICKBOXING, BODYATTACK ,INSANITY WORKOUT serta RUNNING CLINIC. Selain itu, satu pengalaman yang pasti mencabar dan menakjubkan apabila setiap peserta akan didedahkan dalam program mendaki bukit dan BOOTCAMP yang telah dirangka selama 6 minggu. Yang pasti, ia merupakan pengalaman yang menyeronokkan dan memberi satu kepuasan dan kenangan yang tidak akan dilupakan!

KELULUSAN
1. Jurulatih Sukan Bina Badan Peringkat Kebangsaan

2. Merupakan Pengadil bolasepak FAM dan terlibat dalam pembangunan pengadil negeri Pulau Pinang

3. Pengalaman sebagai JURULATIH PERIBADI
di CELEBRITY FITNESS 2010- 2012 dan telah melatih ramai pelanggan menurunkan berat badan yang diimpikan

4. Kursus Sains Sukan (ISN)

5. Pengalaman dalam Sukan Bina Badan saya bermula sejak umur 16 tahun lagi?

APA LAGI YANG YANG PERLU DIRAGUKAN? MUNGKIN SAYA YANG ANDA CARI?

Ayuh daftar team saya sekarang?

Never to late to start!!!!

Q Dimanakah latihan akan di adakan?

80% sesi latihan akan diadakan di dalam UNIVERSITI SAINS MALAYSIA Pulau Pinang

Q Bolehkah saya hilangkan 10kg dalam masa 6 minggu?

InsyaAllah boleh, kami akan bekerjasama membantu Anda mencapai impian. Tiada yang mustahil selagi kita terus berusaha. Ramai yg telah berjaya dari program edisi yang lepas.

Q Bagaimana waktu dan jadual latihan?

Latihan akan diadakan 6 hari seminggu: Berikut adalah jadual:-

Isnin & Selasa --> Stadium Olahraga USM
Rabu --> Kompleks Sukan Azman Hashim, USM
KHAMIS --> Cuti
Jumaat --> Kompleks Sukan Azman Hashim, USM

Semua latihan akan bermula 8.45 malam- 10 malam

SABTU & AHAD --> 8PAGI--> OUTDOOR AKTIVITI

Rate us and Write a Review

Your Rating for this listing

angry
crying
sleeping
smily
cool
Browse

Your review is recommended to be at least 140 characters long

  • Price Range RM300

Claim This Listing

Additional Details

  • Sesuai untuk kanak2?:Yes
  • Sesuai untuk umur 50+?:Yes
  • Sesuai untuk beginners?:Yes
  • Sesuai untuk bekas peserta?:Yes
  • Sesuai Untuk BMI >40?:Yes