Checkout Coach Farah (Ladies Only) Watch Video

Videohttps://youtu.be/3fRYct7KSTc

Amal Farhah Binti Mohd Ali atau lebih dikenali sebagai Coach Farah merupakan graduan dari Universiti Islam Antarabangsa lepasan Ijazah Sarjana Muda didalam Undang-Undang. Beliau mula berminat di dalam bidang kecergasan selepas mengikuti JK1M8.

Kelayakan beliau:

  1. Certified Fitness Instructor
  2. Weight & Fat Loss Coach
  3. Metafit Coach
  4. IHT Scouts Coach
  5. CPR Basic Life Support
  6. Corporate Wellness Coach
  7. JK1M Team Leader 10 dan 11

Beliau mempunyai testimoni dalam menyelia penurunan berat badan peserta beliau sebanyak 18kg dalam masa 3 bulan.

Team dibawah seliaan beliau juga telah menjadi juara keseluruhan Malaysia dalam penurunan berat badan yang tertinggi dalam program kecergasan Scouts11.

Sebelum menyertai JK1M, beliau telah mencuba pelbagai diet, bermacam-macam produk, dan senaman. Hasilnya berat badan turun sementara, kemudian kembali ke berat asal.

Semasa menyertai JK1M, peserta diajar cara pemakanan dan senaman yang betul. Berbekalkan ilmu pengetahuan dan tunjuk ajar yang diperolehi dari JK1M, beliau berjaya menurunkan 16kg, daripada saiz XXL ke M dalam masa 6 bulan.

Keyakinan diri semakin bertambah dengan berat dan saiz badan yang ideal.

Hidup juga lebih ceria dengan tubuh yang sihat dan cergas, dikelilingi oleh rakan-rakan dengan minat dan matlamat yang sama.

Beliau juga melibatkan diri dengan aktiviti kecergasan dan pengurusan berat badan bersama SCOUTS 9, SCOUTS 10, ABSTRAX COMBAT dan FITBLAST di bawah kendalian Coach Tas dan Coach Cem untuk mengekalkan kecergasan dan juga meluaskan pengalaman beliau.

JK1M adalah pilihan yang tepat untuk memulakan langkah pertama ke arah mencapai berat badan ideal, sihat, cergas dan ceria.

Selepas menyertai JK1M ini, anda tidak akan lagi menyorok-nyorok di belakang orang lain ketika mengambil gambar, ataupun menyimpan koleksi pakaian yang berwarna gelap dan hitam sahaja walaupun itu bukan warna kegemaran anda, ‘if you know what I mean’.

 Apa yang ada didalam program beliau? Coach Farah akan:

  1. Berkongsi ilmu dan membimbing serta mengajar peserta-peserta dalam pemakanan serta pengurusan berat badan tanpa perlu berlapar dan tanpa menggunakan apa-apa produk kurus. Makan nasi pun boleh kurus tau.
  2. Group online coaching dalam pemantauan pemakanan peserta setiap hari.
  3. Tips senaman harian untuk kekal langsing, slim dan fit
  4. Mempelajari cara menganalisis badan sendiri setiap minggu.
  5. Kesinambungan latihan dan pemantauan pemakanan selepas 6 minggu JKM11.

 

Program ini juga menyediakan pelbagai aktiviti -aktiviti yang menarik sepanjang 6 minggu termasuk:-

  1. Seminar Bersama Kevin Zahri
  2. Super Saturday yang mana pelbagai aktiviti dan senaman yang betul2 mencabar peserta, tapi seronok akan diadakan.

Tempat Latihan:

Dikendalikan di Stadium Hang Jebat Melaka dan akan ke tempat-tempat lain mengikut kesesuaian aktiviti.

 

Waktu Latihan:

Sabtu dan Ahad bermula 0745 pagi.

Aktiviti:-

  • Timbangan Awal, Diet Talk, Shopping Cart, Online coaching, Food monitoring.
  • Teknik Asas Senaman
  • Bootcamp, Board game & Circuit Training
  • Tabata
  • HIIT
  • Aquarobik, Moonwalk, Fun Run
  • Body Weight Training,
  • Body Toning
  • Sukan Rakyat
  • Hiking

*sebarang perubahan akan dimaklumkan dari masa ke semasa

 

Jika anda tinggal disekitar Paya Rumput, Cheng, Rembia, Sg Udang, Bukit Rambai, Tanjung Minyak dan kawasan berdekatan serta menghadapi masalah berat badan dan perlukan sokongan, JOM SERTAI beliau dalam Jom Kurus Malaysia ini.

Hubungi beliau: 011-1086-0376

 

Follow dan lihat testimoni team beliau di:

Facebook: https://facebook.com/coachchaf

Instagram: https://www.instagram.com/coachchaf

#testimonichafsquad

Stop wishing and start doing…

Q Saya berminat. Macam mana nak join?

Sila hubungi saya di 011-1086-0376

Q Waktu, bila dan di mana?

Pukul 7.45 pagi setiap Sabtu dan Ahad setiap minggu selama 6 minggu. Latihan akan dikendalikan di Stadium Hang Jebat dan akan bergerak ketempat-tempat lain mengikut kesesuaian aktiviti seperti Hiking, Aquaerobic dan lain-lain. Bagaimanapun masa latihan bergantung pada aktiviti yang akan dijalankan nanti.

Q Satu sesi berapa lama?

1 – 2 jam bergantung kepada jenis aktiviti.

Q Kalau saya join saya dapat apa ye?

Kurus, fit dan gojes… itupun kalau ikut nasihat dan istiqamah dengan apa yang saya akan kongsikan nanti. Selain tu korang dapat:
1. Free Tshirt
2. Whatsapp support
3. Kawan-kawan baru yang satu kepala dengan korang
4. Sesi workout & Fun activities

Q Apa kriteria nak join?

Bersenam, jogging, Zumba hari-hari tapi tak kurus.
Tak makan nasi pun tak kurus juga.
Makan ubat kurus pun tak kurus juga.
Tak makan langsung pun tak kurus juga.
Yang kurus sekeping pun boleh join.
Yang selalu ambik gambar nyorok-nyorok belakang orang.

Q Apa aktivitinya?

Aktiviti bersama seperti di bawah:-
- Fitness & Nutrition Talk / Plan Diet / Fitness Test
- Circuit Training /Cardio Training / Bootcamp / Dumbbell Home Workout
- ExploreFit / Fun FitCard Game
- Dodgeball / Futsal
- Aqua Aerobic
- Hiking
- Cheat Party
*Tertakhluk kpd perubahan
Semuanya untuk menjayakan misi kita: Kurus, sihat dan cantik. Gituu…

Q Berapa kg boleh hilang sepanjang program?

Bergantung kepada komitmen dan disiplin anda.

Q Masa program boleh bawa anak kecil ke?

Boleh, tapi pastikan ada penjaga untuk mengelakkan perkara yang tidak diingini.

Q Saya ni dah berumur, boleh ke join?

Boleh, asalkan muda di hati.

5 Reviews for Coach Farah (Ladies Only)

zainababurairah95

1 Reviews

Penurunan Berat Badan yang Komprehensif

5/ 5

Disamping exercise yang pelbagai, coach farah juga akan pantau makanan setiap peserta setiap hari..itu yg membuatkan saya sgt tertarik dengan cara beliau dalam kedua-dua program yang sy join under coach farah. Beliau sangat berdedikasi dalam memantau progress setiap anak didik nya. Bermula dengan jk1m 10, sy berjaya turunkan berat badan sebanyak 7kg diikuti dengan program Scout 11, sy berjaya turunkan berat sebyk 10kg…coach farah juga kerap membuat exercise tambahan untuk semua peserta secara percuma..ini yg membuatkan sy lebih bersemangat untuk turunkan berat badan dibawah seliaan beliau.. yang penting kene igt ayat ni “siapa cheat dia gemok”..confirm takot nak cheat🤣

Was this review ...?

najwanazar89

1 Reviews

My first coach

5/ 5

coach farah coach pertama saya, coach yang sangat best, banyak ilmu2 yang di share untuk manfaat semua. Walaupon saya lain dari yang lain coach farah tetap gigih and supportive. 🙂

Was this review ...?

ariefka68

1 Reviews

Coach Farah memang da bomb…

Coach Farah selalu memantau pemakanan peserta. Selalu share tip tips pemakanan secara sihat. Berat memang boleh turun punya kalau ikut nasihat Coach Farah. Senaman pun best… Sentiasa ada benda baru, tak boring. Kipidap, dongibap.

Was this review ...?

adiaron7632

1 Reviews

Pasti lemak menangis bila dgr nama Amal Farhah😂

5/ 5

Mengenali Coach Farah pd peringkat awal seorang yg tegas😅…tp ketegasan itu lah yg membuatkan saya hilang 20kg setelah mengikuti 2 program bersama beliau💪…selama 6 minggu bersama beliau, beliau seorang yg komited, knowledgeable, tidak lokek dgn ilmu…beliau sentiasa memastikan peserta mampu utk hilangkan at least 1kg lemak dlm ms seminggu…jom nak sihat dan cantik… join Coach Farah…JK1M 11 coming…11.08. 2018…

Was this review ...?

tashazainal

3 Reviews

She went all the way till where she is now ~ Coach Tas

4/ 5

Tajuk pun dah explain kan? Saya kenal Amal sepanjang dia jadi trainee saya dalam beberapa program. Dia sangat disiplin & make sure setiap minggu dalam program she does her best. As a Team Leader, I am sure she will do the same. Guide you all to go all the way, she knows the “know how”. So, jangan buang masa gaiss.. warga Paya Rumput, register NOW!

Was this review ...?

Rate us and Write a Review

Your Rating for this listing

angry
crying
sleeping
smily
cool
Browse

Your review is recommended to be at least 140 characters long

  • Price Range RM300

Claim This Listing

Additional Details

  • Sesuai untuk kanak2?:Yes
  • Sesuai untuk umur 50+?:Yes
  • Sesuai untuk beginners?:Yes
  • Sesuai untuk bekas peserta?:Yes
  • Sesuai Untuk BMI >40?:Yes