Azri dan Jelita adalah sepasang suami isteri yang mempunyai 5 orang cahaya mata dan telah bersama-sama berjaya menurunkan berat badan. Pasangan ini pernah menjuarai Jom Kurus 1 Malaysia musim ke 6 bagi kategori family. Mereka juga telah berjaya membantu lebih 400 orang peserta untuk menurunkan berat badan.

AZRI
– Bekas peserta JK1M6 dan JK1M7 bagi kawasan Shah Alam 2
– Telah berjaya mengurangkan berat badan sebanyak 24kg dalam masa 4 bulan
– Juara JK1M6 bagi kawasan Shah Alam 2 dan Juara Program Fat Fobia 1.0
– Team Leader JK1M8, JK1M9, JK1M10 dan JK1M11 untuk kawasan Subang Bestari
– Trainer untuk Program Fit Digger
– Pengasas Fit Digger 1.0, 2.0, 3.0 dan 4.0

JELITA
– Bekas peserta JK1M5 dan JK1M6 bagi kawasan Shah Alam 2
– Telah berjaya mengurangkan berat badan sebanyak 20kg dalam masa 5 bulan
– Mempunyai Certified Fitness Instructor by NASC
– Team Leader JK1M8, JK1M9, JK1M10 dan JK1M11 untuk kawasan Subang Bestari
– Trainer untuk Program Fit Digger
– Pengasas Fit Digger 1.0, 2.0, 3.0 dan 4.0

Masalah terbesar mereka yang tidak berjaya mengurangkan berat badan adalah ILMU. Tanpa ilmu yang betul ianya tidak akan berjaya dan berkesan. Malah mereka hanya membuang masa dengan mencuba pelbagai jenis diet, produk kurus, pil-pil kurus dan sanggup menghabiskan wang beribu-ribu ringgit untuk ke pusat pelangsingan badan. Akibat daripada inilah mereka mulai bosan dan berputus asa dan terus melupakan hasrat mereka untuk menurunkan berat badan. Sehinggakan mereka kelihatan tidak sihat, tidak bermaya, mudah penat dan wajah kelihatan lebih tua dari usia sebenar. Tahukah anda dengan ilmu 70% daripada pemakanan sihat dan seimbang dan 30% daripada senaman akan menjadikan anda lebih muda, lebih menawan, lebih fit, lebih cergas dan lebih berstamina. Adakalanya orang tidak tahupun yang anda sebenarnya sudah punya anak 5!! Beruntungkan jika kita langsing dan sihat.

Jom kurus bersama pasangan ini. Pasangan suami isteri ini juga telah menjadi contoh kepada pasangan-pasangan yang lain untuk support each other. Ketahuilah rahsia mereka dengan sertai cabaran Jom Kurus 1 Malaysia musim ini.

Kawasan yang berdekatan Subang Bestari ialah Subang Perdana, Subang Permai, Subang Mah Sing, Subang 2, Bandar Pinggiran Subang, Kg Melayu Subang, Kota Damansara, Damansara Damai, Paya Jaras, Bukit Subang, Ara Damansara dan Sg Buloh.

Inilah masa yang ditunggu-tunggu. Jika kita tidak memulakannya dari sekarang, bila lagi?? Mulakan langkah pertama anda dan anda pasti tidak akan toleh lagi ke belakang. Jumpa anda pada 11 Ogos 2018.

SAMBIL TURUNKAN BERAT BADAN BERSAMA KAWAN-KAWAN YANG AWESOME, ANDA JUGA AKAN MENGALAMI PELBAGAI AKTIVITI YANG MENARIK DAN MUNGKIN ANDA SENDIRI BELUM PERNAH MENCUBANYA. YAKIN PADA DIRI SENDIRI DAN ANDA PASTI BERADA DI PUNCAK!

 

Q Boleh saya tahu jadual, masa dan tempat training?

Aktiviti :

Hari dan Masa : Rabu (9.00 pm - 11.00 pm) & Sabtu atau Ahad (8.00 am - 10.30 am)

Aktiviti Tambahan : Akan dimaklumkan dari masa ke semasa

Lokasi : Dewan Matahari, Subang Bestari dan Padang MBSA, Subang Bestari

Sebarang pindaan pada tarikh, aktiviti dan lokasi akan dimaklumkan kepada peserta dari masa ke semasa, mengikut pada keadaan cuaca dan kesesuaian jenis aktiviti yang akan dijalankan.

Q Di mana saya boleh melihat aktiviti-aktiviti yang dilakukan sebelum ini?

Anda boleh melihat semua gambar dan video aktiviti-aktiviti sebelum ini dengan follow official Instagram kami di @fitdigger ataupun hashtag #fitdigger #teamjelitaazri #teamsubangbestari

Q Bolehkah saya sertai program ini jika saya mempunyai masalah kesihatan?

Saya sarankan anda berjumpa dengan doktor terlebih dahulu untuk mengetahui kondisi anda. Sekiranya doktor memberi kebenaran, anda boleh sertai kami dan kami akan advise workout yang sesuai dengan anda. Namun begitu hasil menurunkan berat badan adalah 70% dari pemakanan dan 30% dari senaman. Anda akan diajar makan dengan betul dan seimbang.

Q Saya berminat untuk sertai program ini di kawasan Subang Bestari. Dengan siapa saya patut hubungi?

Anda boleh hubungi Jelita di 017-2999713 dan Azri 018-2422156

3 Reviews for AZRI & JELITA

melatizool63

1 Reviews

JK1M + TL Subang Bestari Terbaik + Aktiviti terbaik, menarik, menyeronokkan dan pelbagai = Stamina bagus, Lebih sihat, Pakaian semakin longgar (with pictures)

5/ 5

Bersama ulasan saya, saya sertakan gambar sebelum dan selepas bagi program JK1M Kawasan Subang Bestari musim ke-10 dan Fit Digger 4.0. Untuk makluman, ulasan ini adalah yang sama daripada akaun rimahmelati@gmail.com. Saya masukkan entri ini kerana masalah teknikal semasa muat naik gambar-gambar. Saya telah mengikuti perkembangan aktiviti secara berkala JK1M sejak ianya bermula. Banyak cerita-cerita sukses para peserta JK1M saya ikuti dan menjadi inspirasi untuk saya memulakan langkah menjaga pemakanan yang sihat atau menurunkan berat badan tetapi berhenti di sekerat jalan oleh kerana tiada pembimbing atau kumpulan atau aktiviti yang menarik untuk saya ikuti. Akhirnya saya komited untuk mendaftar diri dalam JK1M musim ke-10. Saya disarankan untuk mendaftar diri dengan kawasan Subang Bestari diketuai oleh pasangan TL Azri dan TL Jelita kerana berdekatan tempat tinggal di Sri Damansara. Pelbagai aktiviti disediakan oleh TL Azri dan TL Jelita untuk para peserta kawasan Subang Bestari, antaranya dodgeball, sukan rakyat, circuit training, hiking, fun obstacles, tyre boot camp, tabata, fit card, aerodance dan caving gua tempurung. Konsep menyeronokkan ketika beriadah dilaksanakan agar para peserta tidak rasa stres. Para peserta juga diberikan tunjuk ajar dan pendedahan bagi setiap aktiviti bagi mengelakkan kecederaan kepada para peserta. Selain daripada itu, pemantauan berkala dilakukan oleh TL Jelita menerusi media sosial whatsapp tentang pemakanan setiap hari. Berat badan dipantau seminggu sekali secara berkala sepanjang minggu JK1M10. Suasana mesra, perihatin dan keakraban dirasai baik di kalangan para peserta dan di antara TL Azri dan TL Jelita dan para peserta. Perkongsian pandangan, masalah dan tambah baik dilaksanakan secara berkala melalui sesi pertemuan (bersemuka) atau melalui media sosial whatsapp dilakukan agar para peserta lebih mudah berinteraksi dengan TL Azri dan TL Jelita. Pengalaman luas daripada TL Azri dan TL Jelita dalam mengamalkan pemakanan sihat dan berjaya menurunkan berat badan menjadi contoh terbaik untuk diikuti oleh para peserta selain daripada bekas-bekas para peserta JK1M kawasan Subang Bestari turut dikongsikan bersama. Ini menyebabkan saya meneruskan program Fitdigger 4.0 dibawah bimbingan TL Azri dan TL Jelita untuk meneruskan momentum saya mengamalkan pemakanan sihat dan menurunkan berat badan. Ayuh sahut cabaran gaya hidup sihat. Mari daftar diri anda JK1M11 kawasan Subang Bestari.

Was this review ...?

rimahmelati15

1 Reviews

JK1M + TL Subang Bestari Terbaik + Aktiviti terbaik, menarik, menyeronokkan dan pelbagai = Stamina bagus, Lebih sihat, Pakaian semakin longgar

5/ 5

Saya telah mengikuti perkembangan aktiviti secara berkala JK1M sejak ianya bermula. Banyak cerita-cerita sukses para peserta JK1M saya ikuti dan menjadi inspirasi untuk saya memulakan langkah menjaga pemakanan yang sihat atau menurunkan berat badan tetapi berhenti di sekerat jalan oleh kerana tiada pembimbing atau kumpulan atau aktiviti yang menarik untuk saya ikuti. Akhirnya saya komited untuk mendaftar diri dalam JK1M musim ke-10. Saya disarankan untuk mendaftar diri dengan kawasan Subang Bestari diketuai oleh pasangan TL Azri dan TL Jelita kerana berdekatan tempat tinggal di Sri Damansara. Pelbagai aktiviti disediakan oleh TL Azri dan TL Jelita untuk para peserta kawasan Subang Bestari, antaranya dodgeball, sukan rakyat, circuit training, hiking, fun obstacles, tyre boot camp, tabata, fit card, aerodance dan caving gua tempurung. Konsep menyeronokkan ketika beriadah dilaksanakan agar para peserta tidak rasa stres. Para peserta juga diberikan tunjuk ajar dan pendedahan bagi setiap aktiviti bagi mengelakkan kecederaan kepada para peserta. Selain daripada itu, pemantauan berkala dilakukan oleh TL Jelita menerusi media sosial whatsapp tentang pemakanan setiap hari. Berat badan dipantau seminggu sekali secara berkala sepanjang minggu JK1M10. Suasana mesra, perihatin dan keakraban dirasai baik di kalangan para peserta dan di antara TL Azri dan TL Jelita dan para peserta. Perkongsian pandangan, masalah dan tambah baik dilaksanakan secara berkala melalui sesi pertemuan (bersemuka) atau melalui media sosial whatsapp dilakukan agar para peserta lebih mudah berinteraksi dengan TL Azri dan TL Jelita. Pengalaman luas daripada TL Azri dan TL Jelita dalam mengamalkan pemakanan sihat dan berjaya menurunkan berat badan menjadi contoh terbaik untuk diikuti oleh para peserta selain daripada bekas-bekas para peserta JK1M kawasan Subang Bestari turut dikongsikan bersama. Ini menyebabkan saya meneruskan program Fitdigger 4.0 dibawah bimbingan TL Azri dan TL Jelita untuk meneruskan momentum saya mengamalkan pemakanan sihat dan menurunkan berat badan. Ayuh sahut cabaran gaya hidup sihat. Mari daftar diri anda JK1M11 kawasan Subang Bestari.

Was this review ...?

mn_akmal8960

1 Reviews

TL terbaik + aktiviti menarik = hasilnya pasti cantik!

5/ 5

Alhamdulillah . . . satu pengalaman yang menarik sepanjang saya menyertai JK1M musim ke10 di bawah kendalian TL Azri dan TL Jelita. Pelbagai aktiviti menarik termasuk senaman di dalam dewan yang selesa dan lengkap, sukaneka dan aktiviti luar yang menyeronokkan di samping panduan pemakanan, perkongsian menu sihat dan pantauan harian oleh TL sendiri membolehkan saya menurunkan berat badan ke satu berat yang ideal. Bagi pendapat saya, JK1M bukan sahaja program bagi mereka yang mempunyai impian dalam mencapai berat badan yang diingini malahan JK1M juga adalah satu program untuk mereka yang ingin kekal sihat dan dapat meningkatkan stamina bagi menjaga kesihatan diri selain dapat memberi semangat dan dorongan untuk kita melakukan pelbagai aktiviti dalam satu kumpulan yang mungkin bagi sesetangah orang agak sukar untuk konsistan apabila melakukan aktiviti senaman secara berseorangan (termasuk diri saya). Memilih TL Azri dan TL Jelita (Kawasan Subang Bestari) adalah pilihan yang tepat kerana kita akan merasai keseronokkan dalam menjalani perlbagai aktiviti yang disusun rapi pada setiap minggu. Segala pertanyaan berkaitan boleh di aju terus ketika sesi latihan mingguan mahupun melalui group whatsapp dan TL tidak lokek untuk menjawab dan berkongsi pengalaman yang mereka ada untuk manfaat bersama. Terima kasih Coach Azri dan Jelita kerana merialisasikan impian saya. Semoga anda diberkati atas ilmu yang kalian kongsikan. Amin.

Rate us and Write a Review

Your Rating for this listing

angry
crying
sleeping
smily
cool
Browse

Your review is recommended to be at least 140 characters long

  • Price Range RM300

Claim This Listing

Additional Details

  • Sesuai untuk umur 50+?:Yes
  • Sesuai untuk beginners?:Yes
  • Sesuai untuk bekas peserta?:Yes
  • Sesuai Untuk BMI >40?:Yes