Saya merupakan seorang yang aktif pada suatu ketika dahulu, semua jenis aktiviti yang ada di sekolah saya akan sertai malah saya juga pernah dinobatkan sebagai olahragawati sekolah pada suatu ketika dahulu, berat badan saya mulai naik semasa saya menyambung pelajaran di peringkat universiti. Hal ini kerana saya tidak mempunyai masa secukupnya untuk bersukan tambahan pula bersikap malas. Akibatnya berat badan saya mula naik sehingga 63kg pada ketika itu.

Selepas bersalin anak pertama berat badan saya tidak pernah kurang dari 80kg. Keadaan ini makin berterusan kerana setiap kali saya mengandung iaitu ketika mengandungkan anak kedua dan ketiga perkara wajib bagi saya ialah terpaksa meminum air gula. Walaupun, berat badan saya melebihi 80kg tidak menjadi halangan bagi untuk terus aktif bersukan, jogging, bermain bola jaring,bola tampar, badminton. Namun begitu, berat badan saya tidak pernah turun. Kelihatan badan macam dipam-pam je dah macam belon, muka semakin bulat, sering diejek dan disindir oleh adik beradik dan saudara –mara mengatakan saya gemuk.

Saya mula berasa malu dengan diri saya, menyebabkan saya tidak suka bersemuka dengan orang lain, malu untuk jumpa kawan- kawan ,malu untuk jumpa saudara mara , saya selalu menggelak, melarikan diri ketika sesi bergambar, segan dengan badan saya yang gemuk.

Saya pernah terbaca berkenaan Program JK1M di internet beberapa session lepas. Akan tetapi disebabkan kekangan masa, terpaksa saya lupakan sehinggalah saya berpindah daripada Petaling Jaya pulang ke negeri kelahiran saya negeri Kelantan. Setelah saya berpindah ke sini, perasaan terlalu gembira tidak dapat disembunyikan, kerana terdapat pelbagai masakan Kelantan yang saya gemari dan menikmatinya. Saya ibarat rusa keluar kampung apa sahaja masakan yang ada di kelantan saya makan, pantang mengetahui bahawa terdapat kedai-kedai atau gerai-gerai yang menyediakan masakan best. Apa yang pastinya, saya akan sampai ke situ, sehinggalah saya sedar saya umpama pohon yang rendang…Berat badan sudah mencecah 97kg..pakaian@ kain baju semuanya dah tidak muat untuk dipakai.

Akhirnya, saya bertekad untuk menurunkan berat badan saya, macam-macam usaha saya cuba antaranya termasuklah mencari kelas- kelas yang boleh mengeluarkan peluh saya, kelas Erobik, Zumba, bermain badminton dan jogging. Hampir 3 bulan saya start berpeluh, Berat badan saya hanya turun sehingga 5kg sahaja sehinggalah saya terbaca ada Program JK1M6 yang akan didakan pada Januari 2016, Walaupun pada ketika itu saya menetap di Kuala Krai saya sanggup untuk hadir ke Program JK1M6 yang hanya ada di Tanah Merah, saya mengambil keputusan untuk menyertai program tersebut.

Betul kata pepatah nak seribu daya tak nak seribu dalih, Program ini banyak memberi manfaat kepada saya dari segi ilmu yang diperolehi banyak mengubah gaya hidup saya. Pelbagai aktiviti yang saya lakukan sepanjang program ini contohnya hiking bersama team,circuit training, tabata training , Swimming serta bermain nettball bersama-sama dan banyak lagi. Sehingga kini saya telah berjaya menurukan berat badan saya sehingga 68kg. Alhamdullilah dengan nasihat dan tunjuk ajar yang diberikan oleh coach, saya masih lagi berdiri pada landasan yang betul. Ilmu pemakanan yang sihat ini saya amalkan sehingga sekarang…kejayaan paling besar saya telah yang saya pernah capai adalah peserta saya pernah mnencapai penurunan sebanyak 10.2% untuk program selama 6 minggu ini

Untuk JK1M10 Saya diberi peluang untuk memeneruskan bidang fitness ini di kubang kerian sebagai“Team Leader”

APA YANG ADE DALAM JK1M10 KALI NI

Program ni akan menyediakan pelbagai aktiviti yang menarik, pada minggu pertama dan kedua peserta akan didedahkan bekenaan dengan Cara pemakanan betul,diet pemakanan yang perlu damalkan,kaedah mengira kalori yang betul ,mealplan untuk setiap minggu perlu disediakan dan sedikit perkongsian tentang “SUCCESS STORY”

Manakala minggu seterusnya perserta didedahkan dengan latihan senaman yang bersesuai mengikut kemampuan peserta. Untuk pengetahuan semua, latihan akan diadakan pada hujung minggu iaitu hari jumaat, sabtu  dan tambahan  isnin  dan rabu setiap minggu selama 6 minggu.

Pelbagai aktiviti yang menarik akan dijalankan sepanjang program antaranya termasuk:

-Fitness& Nutrition Talk
-Circuit Training/Cardio Training
– Futsal/Dodgeball
-Tyre Training/ Tabata
-Aerobic and Zumba
-Hiking /Beach Bootcamp
-Dinner Jomkurus

Tidak rugi sekiranya anda menyertai program sihat JK1M10 kali ini. Sama-sama kita lakukan semua aktiviti jasmani demi menjaga kesihatan pada tahap yang terbaik untuk diri sendiri,dengan menyertai program ini juga memerlukan kesabaran,semangat yang jitu dan apa yang penting keyakinan diri untuk mencapai hasrat yang diingini , berbagai-bagai alasan yang kuat untuk kita KURUS paling penting sihat dan jangan amalkan DIET YANG MEROSAKKAN DIRI SENDIRI

JOM FOLLOW TEAM ZILLA

“Take care of your body it’s the only place you have to live in”
#JK1M10
#Zealzilla
#zealtowardshealty

“ I Fit You Fit” want to be a fit LeT’S go join me…”

Detail description about your listing

Q Di manakah Program ini akan diadakan?

Program ini akan diadakan di KBS Panji dan kawasan sekitar Kubang Kerian dan mengikut ketetapan yang ditetapkan.

Q Siapakah yang sesuai untuk menyertai program ini ?

Program ini adalah sesuai disertai oleh pelbagai lapisan masyarakat serta sesuai bagi sesiapa yang ingin mengamalkan gaya hidup sihat.

Q Adakah program ini berbayar ?

YA, program yang dijalankan adalah berbayar mengikut harga yang telah ditetapkan.

Q Berapa lama jangkamasa yang diambil untuk menjalani sesuatu latihan?

Masa yang diambil sekitar 1 jam - 2 jam untuk setiap latihan yang dijalankan.

Q Sekiranya saya penghidap penyakit kencing manis ataupun darah tinggi. Bolehkah saya menyertai program ini?

BOLEH, ini kerana sepanjang mengikuti program peserta akan didedahkan dengan cara amalan pemakanan yang sihat serta latihan yang sesuai kepada peserta.

Q Adakah program boleh mengganggu RUTIN harian saya?

Sama sekali TIDAK. hal ini kerana program yang dijalankan hanya pada cuti hujung minggu dan selepas waktu bekerja sahaja.

Q Saya tidak pernah bersukan. Adakah program ini sesuai untuk saya?

TEPAT SEKALI, kerana latihan dan aktiviti yang dijalankan adalah mengikut kemampuan peserta.

Q Sejauhmanakah KEBERKESANAN Program ini?

Program ini mampu mengurangkan berat badan peserta secara KOSISTEN melalui amalan pemakanan yang sihat dan senaman yang secukupnya.

1 Review for Zilla

baberiena95

2 Reviews

#kurus #sihat #cantik

Best Sangat weiiiii..Bersama coach zilla Nie..Byk membantu dalam aktiviti menguruskan badan .Sgt enjoy dan berbaloi2 dgn aktiviti best bersama coach zilla yg sentiasa bersungguh dan bersemangat dlm aktiviti yg dilakukan..Sgt mengujakan coach zilla dahulu yg berbadan besar dan sekarang telah kurus …Terbaik Jommmmmmmm KURUSSSS?

Was this review ...?

Rate us and Write a Review

Your Rating for this listing

angry
crying
sleeping
smily
cool
Browse

Your review is recommended to be at least 140 characters long

  • Price Range RM280.00

Claim This Listing

Additional Details

  • Sesuai untuk kanak2?:Yes
  • Sesuai untuk umur 50+?:Yes
  • Sesuai untuk beginners?:Yes
  • Sesuai untuk bekas peserta?:Yes
  • Sesuai Untuk BMI >40?:Yes