Assalammualaikum & Selamat sejahtera!

Weskono kembali!  😁 Alhamdulillah untuk Musim ke-3 peribadi dipilih sebagai Team Leader kawasan Kluang bagi Jom Kurus Musim ke-11!

Kepercayaan yang diberikan oleh Kevin Zahri bukanlah perkara mudah.  Sudah tentu ini merupakan tanggungjawab saya yang sangat besar untuk membantu / membimbing & berkongsi ilmu kepada semua bakal peserta dalam perjalanan ‘Fit’ kan  badan secara sihat.

Antara Senaman yang akan diterapkan sepanjang program :

Flexibility, Fitness Test, Tabata, Weight Training, Cone drill exersice, Fun Warm Up Game & Explosive!

Sebagai Team Leader, saya sangat menitikberatkan cara/pergerakan semasa senaman.  Bagaimana untuk menguatkan lutut, Senaman untuk otot perut, senaman otot tepi pinggang, Senaman menyasarkan otot bawah lengan, membentuk posture body yang baik & cara meningkatkan Stamina serta banyak lagi.  Penekanan lain juga tentang penggunaan mesin-mesin di Gym.

🏋Apa kelebihan Senaman Jenis Compound & Apa kelebihan Senaman Jenis Isolation turut akan dijelaskan.

Senaman akan diberi mengikut Sasaran & Kemampuan kita.  Senaman untuk turun berat badan, senaman untuk kekuatan, senaman untuk kepantasan, senaman HIIT.  Semua ini merupakan perkara yang berbeza-beza.

🥕Bagaimana mengira Kalori asas badan, kalori asas harian & kalori asas sasaran.

Dalam penjagaan pemakanan pula, penekanan akan bertumpu pada bagaimana mengawal pengambilan karbohidrat, protein & lemak.  Penjelasan Kelebihan minuman kefien, kelebihan buah2an, kepentingan Karbohidrat selepas bersenam, kesan Sport Drink selepas senaman.  Selain itu,  pendedahan cara bersenam untuk pesakit darah tinggi.

Tunggu Apa lagi??

“excuses don’t Burn Your calories”, “excuses don’t burn Your Fat” 

Q Hari ape program dijalankan?

Jumaat & Sabtu. Jam 8.00am - 9.30am. Biasanya Lokasi berubah-ubah. Antaranya di Tasik Kluang, Fountain Kluang, Gunung Lambak dll tempat yang bersesuaian.

Q Latihan cuma Seminggu 2 kali?

Tidak. Lebih dari itu. Sesi Latihan Tambahan seterusnya adalah pada hari Isnin, Selasa khamis jam 8 malam (lokasi : Gym). Latihan di gym perlu bayaran tambahan RM5. INGAT, ini LATIHAN TAMBAHAN, xwajid untuk anda hadir. Bayaran RM6 dikenakan bukan untuk saya sebagai TL, tp untuk kos gym itu sendiri.


Q Saya mempunyai penyakit darah tinggi & sakit lutut? Sesuai untuk join?

Sangat sesuai. Ade latihan khas untuk pesakit darah tinggi & pesakit sendi lutut. Berdiam diri tidak menjamin anda semakin sihat!

Q RM250 untuk 6 minggu berbaloi ke?

SUdah tentu. Latihan sepanjang minggu,banyak sesi untuk anda menimba ilmu, free tshirt, free Seminar bersama Kevin Zahri, E-book percuma & Hadiah Wang Tunai bagi pemenang kawasan

Q Saya macam berminat, tapi 50-50, macam mana tu??

Tiada siapa yang mampu mengubah diri kite selain kite sendiri. Selagi kite tidak berganjak dari tempat 'asal' kite, selagi tu takkan ade perubahan. Tiada paksaan. Anda buat anda dapat!

Q Apa lagi yang patut saya tahu?

Untuk membayar Personal Trainer di Gym misalnya, kos yang diperlukan untuk 1 sesi selama 1 jam adalah RM50.00, mungkin lebih daripada itu (bergantung kpd pengalaman dll) Trainer tersebut. Program Jom Kurus untuk kawasan Kluang dengan harga serendah RM250/ 6 minggu, ditambah lagi dengan sesi yang banyak sebanjang minggu bukan 1 perkara yang merugikan untuk anda join Team Weskono!

Rate us and Write a Review

Your Rating for this listing

angry
crying
sleeping
smily
cool
Browse

Your review is recommended to be at least 140 characters long

  • Price Range RM250

Claim This Listing

Additional Details

  • Sesuai Untuk BMI >40?:Yes
  • Sesuai untuk bekas peserta?:Yes
  • Sesuai untuk umur 50+?:Yes
  • Sesuai untuk beginners?:Yes
  • Sesuai untuk kanak2?:Yes