Hi nama saya suhaila merupakan jurulatih kecergasan di kawasan Batu Pahat, Johor.

Saya telah menjayakan Jom Kurus 1 Malaysia musim 6, 7, 8, 9 & 10 di kawasan Batu Pahat. Yang menariknya, Team saya hanya untuk perempuan sahaja. Alhamdulilah semuanya berjaya.

Saya pemegang Diploma in Sports Studies, Degree in Sports Science, Sports massage level 1, CPR course advance level, coaching level 1, Kursus kepimpinan rekreasi luar level 2.

Bidang pengkhususan saya dalam strength & conditioning, rehabilitation, nutrition, sport biochemistry, biomechanic, athletic training, exercise physiology  etc. Saya telah berjaya membantu menurunkan berat badan peserta lebih kurang 100 orang.

80% pemakanan 20% senaman adalah asas untuk penurunan berat badan. Saya mengutamakan pemakanan yang betul untuk peserta di samping teknik senaman yang betul. Saya akan berkongsi segala nutrisi info yang berguna dan boleh digunakan selepas habis JK1M11.

Apabila bersenam beramai-ramai, ia akan memberikan motivasi dan inspirasi kepada anda bila anda dikelilingi dengan individu-individu yang berdedikasi tinggi dan mempunyai target yang sama.

Selain memberi galakan kepada anda, anda turut mendapat sokongan daripada kawan-kawan lain yang turut sama menjalani latihan dan bekerja keras bersama anda.

Team JK1M11 adalah cara yang bagus untuk membantu memberi motivasi dan lain-lain untuk terus berusaha melakukan aktiviti fizikal.

Q Training hari apa sis?

untuk kawasan team Batu Pahat (LADIES ONLY), training hari Isnin (malam), Rabu(malam) & Sabtu (pagi).

Q Boleh bawa anak pergi training tak?

boleh je. tapi tanggungjawab sendiri.

Q pernah gemuk tak sebelum ni

honestly saya tak pernah gemuk sebab saya aktif masa zaman sekolah sehingga sekarang. dont worry about it. InshaAllah saya boleh bantu anda dengan apa yang saya belajar sepanjang Diploma & Degree saya selama 6 tahun.

Q masa training nanti ada campur lelaki perempuan ke

oh tak tak. team saya untuk ladies only. so takde lah malu2 kan nak lompat2 ke apa.

Q boleh kurus ke dalam masa 6 week?

terpulang pada setiap individu sepanjang program serta kegigihan peserta dalam melakukan senaman & menjaga makan

2 Reviews for Suhaila

amoi.lin25

1 Reviews

Best!

5/ 5

She is the best! Kita bayar utk sesi 6 minggu. Tapi ilmu yg coach sue bagi boleh guna sampai bila2 utk teruakan gaya hidup secara sihat. Coach Sue akan ajar cara nak kurus paling selamat. Selebihnya terpulang pada diri sendiri nak ikut ke tak 🤗

Was this review ...?

yasmin94

1 Reviews

Coach JK1M terbaik Batu Pahat

Alhamdullilah, sepanjang JK1M10, coach sue lah banyak bawak saya berenang ke darat. Walaupun target berat masih belum dicapai. Tapi, saya dapat maintain berat sy dari terus naik dan slowly turun. Turun berat badan gelebeh-gelebeh ? Ehh! coach sue tak akan benarkan peserta dia jadi macam tu. Boleh rujuk posting blog yang saya sempat share kan sepanjang sesi jom kurus ke 10 di https://www.miminadam.com/search/label/JK1M?&max-results=10

Was this review ...?

Rate us and Write a Review

Your Rating for this listing

angry
crying
sleeping
smily
cool
Browse

Your review is recommended to be at least 140 characters long

  • Price Range 300

Claim This Listing

Additional Details

  • Sesuai untuk umur 50+?:Yes
  • Sesuai untuk beginners?:Yes
  • Sesuai untuk bekas peserta?:Yes
  • Sesuai Untuk BMI >40?:Yes
  • Sesuai untuk kanak2?:No