Checkout Razaligh Hamzah Watch Video

Hai semua… Saya adalah Team Leader Jom Kurus 1 Malaysia bagi musim ke 9 yang akan bermula padaSeptember 2017 ini. Saya adalah bekas peserta JK1M Teluk Intan musim ke 5 di bawah kendalian selebriti coach John Faizol yang memiliki kepakaran fitness Muay Thai. Kini beliau menjadi coach kepada beberapa artis tempatan selebriti Nabil Ahmad dan Faradhia. Banyak ilmu yang saya kutip sepanjang musim JK1M#5.

Selepas tamat musim 5, saya telah ditawarkan untuk mengambil alih TL Teluk Intan bagi musim 6. Berkat ilmu dan minat yang saya miliki saya menerima tawaran tersebut dan berjaya melatih 23 orang peserta. Salah seorang daripadanya berjaya mendapat tempat ketiga peringkat kebangsaan kategori lelaki.

Seterusnya musim ke 7, saya sekali lagi diberikan kepercayaan untuk melatih JK1M Teluk Intan musim ke 7. Walaupun hanya mendapat 16 orang peserta tetapi Team Teluk Intan telah berjaya mencipta rekod apabila pelatih saya muncul sebagai JUARA KEBANGSAAN kategori Wanita yang membawa pulang wang tunai sebanyak RM5000 beserta hadiah iringan. Beliau berjaya menghilangkan 24kg. Memang Wow…!!!!.

Musim ke 8, JK1M Teluk Intan agak muram apabila hanya 4 orang sahaja yang mendaftar, dan penurunan jumlah peserta juga terjadi di tempat-tempat lain mungkin sebab faktor kewangan di awal tahun iaitu bulan Januari.

Semoga musim ke 9 kali ini kita akan mendapat semangat baru daripada daripada jiwa-jiwa yang mahukan perubahan pada tubuh badan mereka agar lebih ringan dan lebih bertenaga.

Jangan lepaskan peluang bertemu dengan Pengasas JK1M – Selebriti Fitnes Kevin Zahri didalam program JK1M musim 9. Banyak tips dan rahsia menurunkan badan yang harus diketahui. Tidak mengulangi kesilapan dan kesalahan semasa aktiviti menurunkan berat badan. Kesalahan pemakanan. Mengetahui pengiraan kalori intake peribadi yang berbeza-beza.

Mungkin ada yang berkata didalam hati “aku dah jogging, dah pergi gym tapi berat makin bertambah”……… saya akan beritahu apa sebabnya….

ayuh sertai team kami JK1M Teluk Intan musim 9 dengan TAG AZIMAT -TIDAK BERPUTUS HARAP-

Q Dimanakah lokasi latihan jom Kurus Teluk Intan

Bergantung kepada jenis aktiviti. Kebanyakkan aktiviti kita lakukan di Padang Speedy Teluk Intan, atau di padang Hospital Teluk Intan?

Q Berapa kali kekerapan latihan seminggu?

Latihan wajib adalah 2 kali seminggu. Iaitu pada hari Sabtu dan Ahad. Bergantung kepada permintaan. Saya akan offer kepada peserta yang serius mahu kurus latihan 4 kali seminggu. Jika tidak mampu 2 kali adalah memadai. 2-3 jam setiap kali sesi.

Q Boleh tak bawa anak semasa latihan.?

Boleh. Saya benarkan anak turut serta mengikuti latihan yang ringan.

Q Ada menggunakan atau mempromosi suppliment buang lemak?

Tidak. Tetapi saya akan memberi nasihat dan cadangan suppliment jika diminta.

Q Saya pemalu dan tidak yakin. Saya juga tiada kawan yang mahu ikut program, macammana ya?

Jangan bimbang. Dalam program JK1M anda akan mendapat kawan-kawan yang baru yang mempunyai masalah dan visi yang sama. Aktiviti yang disusun juga akan memberikan keriangan dan mengisi masa lapang anda.

Q Saya berminat bagaimana nak mendaftar?

anda boleh layari laman web jk1m9.com atau hubungi saya melalui telefon atau whasap di talian 0108989255

4 Reviews for Razaligh Hamzah

isa.abdullah56

10 Reviews

Tahniah Team Leader Teluk Intan!

5/ 5

Jom belajar dengan ilmu yang betul bersama Pengasas JK1M – Selebriti Fitnes Kevin Zahri didalam program JK1M musim 9. Tips untuk anda supaya cergas, sihat dan bertenaga. Amalan pemakanan yang betul serta beberapa perkongsian senaman mingguan yang menarik sepanjang 6 minggu menanti anda!

Was this review ...?

zued97294

1 Reviews

Team Leader yg Awesome dan Gempak

4/ 5

Awesome, Gempak dan hebat sebab berjaya bantu peserta-peserta malah berjaya di peringkat kebangsaan. TAHNIAH TL. Teruskan usaha anda TL ??

Was this review ...?

syafikha59

13 Reviews

Awesome experience

4/ 5

Pengalaman TL yang memberi inspirasi kepada peserta lain. Pernah menjadi peserta dan sekarang merupakan TL; such an awesome experience and sharing. Perkongsian yang sangat membantu. All the best for you ?

Was this review ...?

syiedazim86

13 Reviews

pengalaman tl yg owsem

4/ 5

profile tl yg bagus, pengalaman2 beliau yg banyak exspecially beliau sndiri pernah menjadi peserta dan dapat melahirkan juara jk1m musim ke 7. sgt teruja dengan tips2 yg beliau ingin kongsikan.. antaranya kenapa berat aku masih bertambah sedangkan aku dh jogging, dah pergi gym?? jawapan yg di tunggu2.. goodluck tl teluk intan.

Was this review ...?

Rate us and Write a Review

Your Rating for this listing

angry
crying
sleeping
smily
cool
Browse

Your review is recommended to be at least 140 characters long

  • Price Range RM300

Claim This Listing

Additional Details

  • Sesuai untuk kanak2?:Yes
  • Sesuai untuk umur 50+?:Yes
  • Sesuai untuk beginners?:Yes
  • Sesuai untuk bekas peserta?:Yes
  • Sesuai Untuk BMI >40?:Yes