Nama saya Hafriz, tapi boleh panggil saya Kapten. Sepanjang hidup saya, saya cuma seorang yg biasa2 saja. Saya kaki bangku dan tidak atletik. Bila saya mula bekerja, berat saya semakin naik dan akhirnya tahun lepas pada ketinggian 165cm, saya mencecah berat 84kg. Pada masa ni saya cepat penat, kalau nak jogging tu boleh la dalam 1km, lepas tu jalan je. Then saya decide untuk berubah.

Tak mudah nak ubah tabiat kita kan? Masa mula2 saya buat tu saya sorg2. Kawan2 pun banyak yang kutuk dgn ayat2 macam “ala dia ni kejap je ni, nanti give up la tu” tapi saya buat tak dengar. Bila awak join program ni, akan ada kawan2 yg akan kecam macam tu jugak tapi awak akan kental. Saya tahu, sebab saya dah laluinya. Dalam masa 6 bulan, saya berjaya turun 8kg. Masa ni lah saya jumpa Kevin Zahri dalam program korporat.

Banyak yang saya belajar dari Kevin tentang pemakanan dan aktiviti2 sukan dan rekreasi. Ilmu yang saya dapat ni saya gunakan dan berjaya turunkan lagi 10kg. Sekarang berat saya 65kg, dan tahap fitness saya pun boleh tahan lah. Kawan2 pun dah tak kutuk sangat.

Yang paling penting sekali, saya dah buktikan yang orang biasa macam saya boleh buat. Saya yakin, awak semua yang baca ni pun boleh buat. Saya akan bantu awak semua dalam program 6 minggu ini untuk mencapai berat badan yang lebih ideal dan kecergasan yang lebih baik. Apa yang awak perlu lakukan sekarang hanya ambil langkah yang pertama dan jangan pandang belakang!

Dalam program 6 minggu ini saya akan fokuskan kepada pemakanan (semua orang suka makan), pergerakan asas dan mobiliti, berlari dan juga senaman2 mudah yang boleh dibuat dirumah dan dimana2 saja. Saya merancang untuk membuat 2 aktiviti seminggu sama ada di KL sentral atau di Tasik Perdana (kita jalan sama2 dari KL sentral) selepas waktu kerja atau pada pagi sabtu. Jom! Register dulu kemudian kita buat sama2 sampai berjaya 🙂

Q Apa yang saya perlukan utk join program ini?

Ketahanan mental, keinginan untuk mengubah keadaan diri, kasut training dan yoga mat.

Q Berapa lama session2 training kita ya?

Biasanya dalam sejam - 2 jam bergantung pada aktiviti kita pada hari tu.

Q Kalau saya join program ni boleh tak saya makan nasi kandar hari2?

Tak boleh. Untuk berubah kita kena mengubah sedikit gaya hidup kita. Kalau sekali seminggu tu masih boleh bincang lagi. Kita cuba untuk muatkan dalam rancangan makanan kita. Ingat, untuk berjaya kita kena korbankan sesuatu.

1 Review for Kapten Hafriz

ridzalridhuwan78

1 Reviews

Awesome experience during JK1M10!

5/ 5

+ Sangat praktikal and realistik. Focus on sustainability for long term rather than short term success. + Emphasise on the journey rather than destination. + Sangat sesuai untuk semua fitness level. Workout plan most of the time bergantung kepada fitness level peserta. + Komited dan fleksibel. + Provide personal support and group support. + Sangat sesuai untuk mereka yang ingin mengubah kepada gaya hidup yang lebih sihat tapi don’t know where to start. + Alhamdulillah saya berjaya turun dari 85kg (Dec 2017) kepada 70kg (Jun 2018) berkat support Kapten Hafriz dan rakan2 JK1M 10 KL Sentral.

Was this review ...?

Rate us and Write a Review

Your Rating for this listing

angry
crying
sleeping
smily
cool
Browse

Your review is recommended to be at least 140 characters long

  • Price Range RM300

Claim This Listing

Additional Details

  • Sesuai untuk beginners?:Yes
  • Sesuai untuk bekas peserta?:Yes
  • Sesuai Untuk BMI >40?:Yes