COACH FREY

Certified Fitness Instructor NASC,

Certified Gym Instructor NASC,

T30 UK Fatburn Extreme Instructor (FBX)

Certified Intermediate Strength and Fitness Conditioning Coach (Malaysia Bodybuilding Association).

Trainfitness FightFX Instructor

Certified CPR-AED6

Meal-Prep & Sport Nutrition Programming NASC.

Latar belakang

Pernah mencapai berat sekitar 78kg dengan ketinggian 161cm & sekarang kekal dengan berat 63kg selepas 2 tahun mengamalkan hidup seimbang

Aktif dalam bidang kecergasan sejak 4 tahun lepas, kerap membuat senaman secara terbuka di sekitar kawasan Taman Awam Likas.

Pernah mengendalikan beberapa program kecergasan dengan kerjasama agensi swasta dan kerajaan. Para peserta di bawah kendalian beliau menunjukkan keputusan yang positif.

Coach Frey seorang yang fleksibel, ceria tetapi tegas dalam pendirian beliau.  Penekanan terhadap disiplin sentiasa menjadi aset utama dalam kerja berpasukan, di samping nilai kerjasama antara peserta dijadikan sebagai teras persefahaman dalam kumpulan. Konsep beliau “tidak ada yang mustahil”  membuatkan perjalanan kecergasan menjadi lebih bermakna.

JK1M-11

Sertai JK1M-11 di bawah kendalian Coach Frey bagi kawasan Inanam, Sabah untuk pengalaman berbeza dalam musim ke-11 ini. Latihan, senaman & panduan akan diberikan secara berkala mengikut perkembangan semasa para peserta. Aktiviti bonus seperti “hiking” juga akan diadakan mengikut persetujuan kumpulan. Selain dari itu, cadangan hidangan seimbang (meal-plan) juga akan diberikan dari masa ke semasa.

JK1M Inanam tidak menjual atau mengsyorkan apa-apa jenis produk kesihatan.  JK1M Inanam juga melarang mana-mana peserta di bawah kendalian JK1M Inanam untuk menjual, membuat promosi atau mengsyorkan mana-mana produk kesihatan sama-ada secara lisan, bertulis atau melalui mana-mana media cetak atau elektronik kepada peserta. Sekiranya terdapat aktiviti sedemikian, tindakan akan diambil dan diusulkan kepada pihak pengurusan JK1M untuk tindakan susulan.

 

Salam daripada saya, Coach Frey & Team Inanam, mengalu-alukan anda untuk menyertai kami pada musim ini. Program ini bermula pada 11hb Julai 2018 dan akan berlangsung sepanjang 6 minggu, berakhir 22hb September 2018.

JUMPA ANDA DI KICK-OFF!!!

Q Apa itu Bodyweight Training (latihan berat badan)?

Latihan berat badan adalah latihan latihan kekuatan yang tidak memerlukan berat atau mesin percuma kerana berat badan individu memberikan ketahanan terhadap graviti. Diakui bahawa latihan berat badan boleh meningkatkan pelbagai kebolehan biomotor termasuk kekuatan, daya, daya tahan, kelajuan, fleksibiliti, koordinasi dan keseimbangan. Latihan kekuatan jenis ini telah berkembang popular untuk kedua-dua atlet rekreasi dan profesional, dengan pelbagai disiplin sukan menggunakan latihan ketahanan berat badan sebagai sebahagian daripada program kecergasan mereka.Latihan berat badan menggunakan kebolehan mudah seperti menolak, menarik, berjongkok, membongkok, memutar dan menyeimbangkan. Pergerakan seperti push-up, pull-up, dan sit-up adalah sebahagian daripada latihan berat badan yang paling biasa.

Q Apa itu Fatburn Extreme Workout?

Fatburn Extreme adalah konsep baru senaman di mana diketuai oleh jurulatih dan bertujuan untuk mengurangkan berat badan. Yang pertama seumpamanya, senaman ini ditetapkan selama 20 minit, berkonsepkan latihan intensiti maksimal tanpa tempoh rehat yang ditentukan. Ini bermakna peserta akan bersenam sehingga penat dan hanya berhenti berehat untuk pemulihan, sekaligus menjadikannya khusus kepada individu tanpa mengira usia, jantina, atau keupayaan kecergasan semasa peserta.

Q Sebagai peserta, apa yang perlu saya buat semasa program ini?

Just Enjoy! Elakkan diri daripada stress. Kita bersenam & pelajari teknik senaman yang efektif. Kenali rakan-rakan seperjuangan agar anda tahu anda tidak keseorangan dalam program ini.

Orang Sabah bilang "BOLEH BAH KALAU KO!"

Q Berapa kali saya perlu hadir untuk sesi bersenam dalam seminggu?

Soalan yang baik, saya syorkan 3-4 kali seminggu tetapi sesetengah peserta mampu 5 hari dalam seminggu. Erti kata lain, ini bergantung kepada kelapangan masa dan kemampuan fizikal peserta sendiri. Sekiranya peserta tidak dapat hadir, boleh lah untuk membuat senaman di rumah.

Q Sekiranya saya berminat, bagaimana saya boleh mendaftar?

Klik pada pautan pendaftaran, lengkapkan semua butiran yang diperlukan. Sekiranya anda telah membuat bayaran, pastikan resit atau bukti bayaran disimpan untuk rujukan kelak.

Hubungi saya 0165825188 - Whatsapp pun ok..saya suka reply Whatsapp

Rate us and Write a Review

Your Rating for this listing

angry
crying
sleeping
smily
cool
Browse

Your review is recommended to be at least 140 characters long

  • Price Range RM300

Claim This Listing

Additional Details

  • Sesuai Untuk BMI >40?:Yes
  • Sesuai untuk bekas peserta?:Yes
  • Sesuai untuk umur 50+?:Yes
  • Sesuai untuk beginners?:Yes
  • Sesuai untuk kanak2?:No