Checkout Cg Mimi Watch Video

Assalamualaikum & salam kecergasan ladies..!

Syukur kerana kita bertemu lagi dalam jk1m10 ini..

Saya merupakan seorang guru Biologi di SMK Sultan Yahya Petra 1… Kerana minat yang mendalam dalam bidang fitness, saya menceburkan diri dalam sukan senamrobik  dan mempunyai sijil Instruktur Kecergasan Tahap 2 drp KBS. Saya juga adalah ahli dalam Zumba Instruktor Network (ZIN).

Team Jom Kurus 1 Malaysia Kuala Krai bermula pada season ke 9 di mana kami terdiri daripada 20 peserta. Team kami telah berjaya melakar sejarah dengan penurunan purata berat badan adalah 6 kg selama 6 minggu… penurunan terbesar kami adalah sebanyak 8 kg… Jadi, sertai aktiviti kami untuk musim ke 10 ini. Kenapa anda perlu menyertai kami?

# program yang menarik, mencabar & menyeronokkan menanti anda. Pada masa yang sama berat badan anda berkurang.

#group support yang kuat di kalangan ahli membangkitkan semangat tanpa jemu kepada peserta dalam menjalankan latihan mahupun pengamalan diet yang betul.

#kemudahan infrastruktur lokasi yang sangat kondusif kerana program kami disokong oleh pihak Pejabat Pendidikan Daerah Kuala Krai di mana perjalanan program kami menggunakan dewan besar SMK Sultan Yahya Petra 1 yang amat selesa dan bersesuaian dengan latihan yang dijalankan.

#jurulatih yang berpengalaman dalam “success story” penurunan berat badan. Juga mempunyai sijil pentaulihan instruktur kecergasan daripada Kementerian Belia & Sukan Malaysia (Tahap 2) serta ahli Zumba Instruktor Network (ZIN) selain daripada mempunyai pengetahuan dalam bidang Biologi, BSc(Chemistry/Biology), Hons.

#menambahkan lagi kenalan anda dalam bidang fitness selain berkongsi pengalaman, pendapat dan pengetahuan.

#bukan hanya penurunan berat badan yang diperolehi, malahan tahap kesihatan juga akan dapat diperbaiki. Penyakit-penyakit yang berkaitan dengan obesiti dan kardiovaskular akan dapat dikurangkan atau dijauhi. In sha Allah…

#pengalaman menjalankan latihan yang efektif bersama rakan sepasukan yang tidak dapat diperolehi jika anda hanya belajar daripada youtube atau mana-mana media sosial yang berbayar.

# yuran serendah rm280 adalah berbaloi berbanding pengambilan ubat kurus serta supplement yang mahal serta keberkesanannya yang belum diketahui.

Jadi, ayuh kita sahut cabaran kali ini dengan azam & semangat yang baru… sertai kami Team Cg Mimi dalam JK1M10…

Q Di manakah program ini berlangsung?

Dewan SMK Sultan Yahya Petra 1, Taman Tasik Krai, Gym Mrsm & lain2 tempat mengikut kesesuaian aktiviti.

Q Hari & waktu program?

Isnin, selasa & khamis
5.00 ptg hingga 7.00 ptg

3 Reviews for Cg Mimi

nhwt216139

1 Reviews

Kerana diriku lebih berharga

Jk1m9.. Memberi satu pengalaman yg cukup bermakna bagaikan mimpi berat saya boleh turun sebanyak itu…Bimbingan senaman yang cukup menyeronokkan bimbingan pemakanan yang berterusan menjadikan hidup saya lebih ceria dan bermakna…Rakan-rakan yang sporting dan ceria menjadikan saya tidak sabar menunggu jk1m10….Tq coach Mimi yang telah mengembalikan keceriaan hidup ini…Kerana diriku lebih berharga

Was this review ...?

hanita587825

1 Reviews

JK1M9 terbaik

Program bersama coach mimi mmg terbaik. byk pengalaman dan info yg sy dpt.sy bjaya trunkn berat badan hasil drpd training dan amalan pemakanan yg diguide oleh cgu mimi..terbaik.dan semestinya utk jk1m 10 sy akan join lg..

Was this review ...?

princessluyya199990

1 Reviews

Pengalaman yg terlalu bermakna

5/ 5

sangat2 laa bgus ,ia menawarkan guide yg ckup baik dan aktiviti yg mengeluarkan peluh yg sgt efektif .Melakukan aktiviti dlm keadaan yg ceria dan melakukan inovasi dalam setiap aktiviti berikutnya .

Was this review ...?

Rate us and Write a Review

Your Rating for this listing

angry
crying
sleeping
smily
cool
Browse

Your review is recommended to be at least 140 characters long

  • Price Range RM280

Claim This Listing

Additional Details

  • Sesuai untuk kanak2?:Yes
  • Sesuai untuk umur 50+?:Yes
  • Sesuai untuk beginners?:Yes
  • Sesuai untuk bekas peserta?:Yes
  • Sesuai Untuk BMI >40?:Yes