Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Alhamdulillah sekali lagi Coach Ainul diberi kepercayaan menjadi Team Leader bagi kawasan Taiping untuk program JOM KURUS musim ke 11. Saya merupakan graduan ijazah sarjana muda dalam bidang fisioterapi dan sekarang berkhidmat sebagai pengajar di salah sebuah IPTS di Malaysia.

Saya tahu ramai yang mengalami masalah berat badan dalam pada kita sibuk dengan kerja seharian. Tiada masa, makanan tidak seimbang dan tekanan merupakan faktor utama yang menyebabkan berat badan meningkat secara tidak terkawal. Ramai peserta saya sebelum ini mengalami masalah yang sama tidak kira peringkat usia.

Salah seorang bekas peserta saya berusia 24 tahun, menyertai program Jom Kurus musim ke 10 dengan berat 106.0 kg. Walaubagaimanapun dengan cara pemakanan dan senaman yg betul, beliau telah berjaya menurunkan berat kepada 96.4 kg pada akhir cabaran 6 minggu. Selepas tamat program, dengan ilmu yang ada dan tunjuk ajar yang berterusan melalui support group di aplikasi Whatsapp, kini beliau telah berjaya mencapai berat 83.0 kg. Walaupun penurunan berat beliau perlahan namun ia konsisten dan tidak “rebound” kepada berat asal. Dalam masa 5 bulan dari berat 106 kg kepada 83 kg, pengurangan sebanyak 23 kg adalah sesuatu yang sangat baik. Daripada hanya mampu berjalan untuk menamatkan jarak 3 km kini beliau mampu menamatkan larian 10 km tanpa kesukaran.

Untuk bermula tidak sukar tapi untuk konsisten itu yang mencabar, jadi bagi memastikan semua peserta konsisten support group adalah sangat penting. Ramai yang kecewa apabila mencapai “plateau” kerana berat badan kekal statik dan tidak tahu cara penyelesaian yang akhirnya membuatkan berat badan kembali kepada asal.  Walaubaigaimanpun, dengan adanya motivasi dari rakan di support group kebanyakan peserta berjaya konsisten dan mencapai berat idea. Lebih menggembirakan lagi kebanyakan peserta telah berjaya mengubah gaya hidup kepada yang lebih sihat serta menjadi role model untuk keluarga dan rakan rakan.

Kelebihan saya? Sebagai seorang ahli fisioterapi, saya mempunyai pengetahuan dan pengalaman dalam bidang senaman dan juga rehabilitasi (pemulihan selepas kecederaan). Jadi saya dapat merangka pelan senaman yang bersesuaian dengan anda berdasarkan masalah anda. Sebagai contoh, sekiranya anda mempunyai masalah sakit sendi seperti arthritis atau sakit belakang terdapat beberapa senaman high impact yang tidak sesuai dengan anda, jadi pergerakan modifikasi adalah pilihan yang lebih sesuai. Selain itu, saya juga akan memastikan bahawa postur anda semasa senaman adalah betul bagi mengelakkan kecederaan yang tidak diingini.

Jika anda mempunyai masalah berikut :

  1. berat badan berlebihan
  2. sakit sendi seperti sakit lutut atau belakang
  3. tidak tahu senaman atau makanan apa yang sesuai dengan anda
  4. sudah bersenam dan berdiet tetapi masih tidak berkesan

Saya amat menitik beratkan cara penurunan berat yang sihat tanpa menggunakan sebarang ubatan atau teknik diet yang extreme. Saya akan memastikan semua peserta “enjoy” sepanjang proses ini tanpa perlu berlapar atau menyakitkan diri sendiri.

Jangan rasa malu, rendah diri atau kurang keyakinan jika ingin berubah, nothing is too late. Saya dan rakan- rakan lain sentiasa bersedia bagi membantu anda. Anda adalah adiwira bagi diri anda dan orang orang yang rapat dengan anda.

#ZeroToHero

Q Saya kurang keyakinan dan malu untuk menyertai program kerana tiada kawan.

Jangan risau, dengan menyertai program ini anda akan mendapat ramai kenalan baru yang mempunyai masalah yang sama seperti anda. Saya bersedia untuk membantu anda mencapai matlamat yang anda inginkan.

Q Adakah hari, masa dan aktivit adalah tetap?

Masa dan hari adalah cadangan program sahaja. Sebarang perubahan boleh dibincang bersama peserta- peserta lain.

Q Saya berminat, bagaimana untuk mendaftar.

Untuk mendaftar boleh layari laman web jk1m9.com atau hubungi saya melalui whatsapp di 013-2579459

Q Selain workout, adakah bimbingan pemakanan dan gaya hidup juga diberikan?

Ya, saya akan sediakan bimbingan pemakanan sihat, aktiviti - aktiviti yang bersesuaian untuk gaya hidup sihat dan nasihat untuk recovery selepas senaman.

Q Bilakah aktiviti senaman akan dijalankan

Aktiviti akan dijalankan 2 kali seminggu iaitu setiap pagi Sabtu dan Ahad. Walaubagaimanapun masa aktiviti adalah bergantung pada aktiviti yang bakal dijalankan.

8 Reviews for Ainul Syafikha

asiahmd82027

1 Reviews

Very good coach and understanding person

5/ 5

Coach ainul seorang coach yang baik dan sangat memahami…pelan pemakanan yang diberi memenuhi citarasa dan sedap2 belaka. Semasa menyertai jk1m 10 berat saya 80kg dan sekarang 72.1kg…slow tp alhamdullilah…still lg bjuang dalam menurunkan berat badan…terima kasih coach ainul….terbaik…..

Was this review ...?

julianashaibun7

1 Reviews

Great Coach !!

5/ 5

Alhamdulillah, done 6 weeks training JK1M9 dengan beliau. InsyaAllah, akan continue lg untuk JK1M10. JK1M lepas berjaya loss 8.1 kg in 6weeks hasil tunjuk ajar, bimbingan dari TL Ainul. very supportive, layan je perangai sorang2…hehe. Very recommended !! 🙂

Was this review ...?

jaremy0523

1 Reviews

helpful and recommended TL

4/ 5

moh orang taiping pakat join JK1M musim ke 10 ni bersama TL Ainul. Sangat membantu dan berpengalaman. Beliau jugak tak pernah penat layan ktorang yg macam2 ni. selalu je bagi semangat. terbaik sngat. very recommended.

Was this review ...?

ahmad0385556

1 Reviews

Team Leader Yang Anda Mahukan

5/ 5

3 words for coach Ainul….Helpful, chearish, committed.. Such a great TL… most recommended… ??????

Was this review ...?

caen_shahrin

2 Reviews

very helpful and kind TL

5/ 5

warga taiping jangan lepaskan peluang untuk berguru dengan TL ainul..kerana beliau mempunyai kemahiran yang hebat tentang training plan..tanpa training program yang betul..kita takkan dapat result yg baik..percaya lah…

Was this review ...?

norjumawatisabran48

2 Reviews

Physiotherapist yang berpengalaman

5/ 5

Ayuh!! warga taiping. Seorng TL yang berpengalaman dalam bidang fisioterapi. Satu bonus utk peserta yang menyertai program under coach Ainul ?

Was this review ...?

syiedazim86

13 Reviews

Wowww physioteraphy

5/ 5

Terbaikk cik ainul, ada keistimewaan khasnya fisioterapy.. Serta mempunyai pemgalaman dr diri sndiri yg obesity satu ketika dulu.. Boleh berkongsi juga pengalaman pd peserta2 beliau dan kini telah transform dirinya menjadi seorang yg bergiat aktif dan sihat.. Fisioterapy course adalah satu bonus kepada bakal2 peserta anda.. Tahniah tl taiping!!!

Was this review ...?

azizuladdhar11

4 Reviews

Coach yg terbaik

4/ 5

Ok guys. If korang nak join senaman ni sila lah register dengan coach ni. Beliau ni lecturer physio kat UniKL. So ble lah ajar korang pasal muscle semua n ajo korang mcm mana exercise yang terbaik. So dont wait hah.

Was this review ...?

Rate us and Write a Review

Your Rating for this listing

angry
crying
sleeping
smily
cool
Browse

Your review is recommended to be at least 140 characters long

  • Price Range RM250

Claim This Listing

Additional Details

  • Sesuai untuk umur 50+?:Yes
  • Sesuai untuk beginners?:Yes
  • Sesuai untuk bekas peserta?:Yes