Ini kisah kami…

Kami pernah obese. Pelbagai cara pernah kami cuba, ikut macam-macam diet, makan ubat kurus (dari yg murah sampai yang paling mahal), pernah ambil slimming pakej yang mencecah ribuan ringgit. Tetapi semua tak menjadi. Duit habis, tak kurus juga. Akhirnya kami pasrah. Berat naik mencanak. Kami redha yang kami memang tak boleh kurus.

Selama lebih 5 tahun saya tidak boleh melakukan aktiviti berat kerana saya didiagnos dengan komplikasi usus. Berat dari 86kg turun ke 62kg dan dalam tempoh pemulihan naik semula ke 91kg. Ketika itu kecergasan kami pada tahap yang paling rendah. Setelah mendapat kebenaran dari doktor untuk kembali beriadah, kami mula mencari ilmu dan cara untuk hidup lebih sihat dan cergas. Akhirnya dengan izin Allah kami berjumpa cara yang betul untuk hidup cergas dan sihat.

Pada September 2015 kami memutuskan untuk menyertai program Jom Kurus 1 Malaysia musim 5 (JK1M#5). Alhamdulillah ini adalah keputusan terbaik yang pernah kami buat, JK1M#5 adalah jawapannya. Kami bermula sebagai peserta JK1M kawasan Bangi di bawah bimbingan Coach Wan Fadhilah (Fieyla)untuk musim 5 dan 6. Kami berjaya menurunkan berat badan sebanyak 20kg tanpa menggunakan sebarang produk atau pil. Saya telah berjaya menjadi juara kategori lelaki dan pasangan pada musim ke 5. Dari situ kami teruskan usaha sampai musim ke 6.

Akhirnya kami memilih untuk menjadi pembantu jurulatih JK1M team Bangi untuk sessi 7. Pernah menjadi jurulatih untuk beberapa program penurunan berat badan yang lain seperti F2F, Mesotropin Challenge dan Dietfit. Disamping itu kami juga aktif menganjurkan coaching diet secara online. Pada September 2017 kami diterima sebagai Team Leader Jom Kurus kawasan Alor Gajah Musim 9. Terpilih sebagai coach pilihan peserta untuk kawasan Melaka pada musim tersebut merupakan kejayaan dan batu lonjakan untuk kami terus menapak membantu anda.

Kami sudah berjaya dan anda juga boleh. Kami telah menjadi inspirasi kepada rakan dan ahli keluarga untuk turut berubah. Tujuan kami sekadar berkongsi ilmu dan pengalaman dengan kelompok masyarakat yang lebih besar untuk mengurangkan risiko penyakit akibat berat badan berlebihan. Anda mampu mengubah hidup anda dan keluarga juga. Mari sertai kami.

Pengalaman bidang kecergasan dan kesihatan:-

– Certified Fitness Trainer dari Fit Malaysia

– CPR Basic Life Support

– Sijil Asas Senamrobik

– Coach Dietfit Malaysia (Nilai & Bangi)

– Coach Mesotropin Challenge

– Team Leader JK1M#9 & 10

Aktiviti:-

– Timbangan Awal

– Diet Talk

– Teknik Asas Senaman

– Healthy Shoping

– Bootcamp & Board game

– Tabata

– Circuit Training

– HIIT

– Aquarobik

– Fun Run

– Body Weight

– Body Toning

– Hiking

– Cardio Fitness Challenge

*sebarang perubahan akan dimaklumkan dari masa ke semasa

Q Bila dan dimanakah tempat latihan bagi team Bangi 2?

Perjumpaan Rasmi setiap hari Selasa dan Khamis pukul 8.45pm hingga 10.30pm

Perjumpaan Pilihan setiap Rabu pukul 8.45pm hingga 10.30pm.

Lokasi di sekitar Bandar Baru Bangi

Q Bolehkah saya menyertai program ini jika saya mengalami masalah kesihatan?

Saya cadangkan anda untuk memdapat nasihat doktor anda terlebih dahulu. Sekiranya mendapat kebenaran doktor anda boleh menyertai programbini. Sila maklumkan kondisi kesihtan anda kepada TL untuk pemantauan dan latihan yang sesuai untuk anda

10 Reviews for ABD LATIF

azuraomar30

1 Reviews

Tak pernah ponteng class coaches

5/ 5

Setiap kali latihan, ada sahaja idea-idea kreatif workout yang diperkenalkan. memang tak pernah bosan. Alhamdulillah saya berjaya turun 9.3 kg. jadual pemakanan yang lengkap serta kata-kata semangat daripada coaches membuatkan saya sentiasa tidaksabar utk datang ke kelas. Syabas!!!

Was this review ...?

Abu Ammar

2 Reviews

Coach Yang Hebat & Berpengalaman

5/ 5

Coach Latif merupakan produk Jom Kurus 1 Malaysia. Beliau telah berjaya melalui fasa2 penurunan berat badan jayanya. Pelbagai teknik pemakanan sihat, teknik senaman, teknik meningkatkan stamina yang anda semua boleh pelajari dari beliau. Alhamdulillah telah ramai peserta2 yg berjaya turunkan beratkan badan di bawah bimbingan beliau. Saya sangat kagum dengan pengalaman beliau. Ayuh semua, tunggu apa lagi, tahun baru wajib ada azam baru. Jom semua, kita berubah ke arah yg lebih sihat!!

Was this review ...?

ms.di9n33

8 Reviews

Coach Versatile !

5/ 5

Saya suka tengok cara Coach Latiff handle sesebuah program fitness, sangat teratur, penyampaian yang sharp, enjoy dalam menyampai ilmu latihan walaupun hanya beberapa kali terlibat dalam training beliau, saya sangat positif beliau adalah seorang coach yg hebat!

Was this review ...?

smmardi60

1 Reviews

Seronok bersenam bila tahu teknik yang betul

5/ 5

6 minggu di bawah bimbingan Coach Latif merupakan pengalaman yang menarik sebab diajar cara dan teknik bersenam yang betul. As a result, saya berjaya mengurangkan berat badan, ukurlilit dan yang best sekali, saya dapat tingkatkan stamina. Yeayy. All the best coach!

Was this review ...?

tg_hafizah73

1 Reviews

The best

5/ 5

Bersama coach latif selama 6 minggu pada 2017. Alhamdulillah. Sangat effektif dan informatif. Saya kembali percaya dengan kebolehan diri untuk menurunkan berat badan dan menjaga pemakanan dengan sokongan , tunjuk ajar dan teknik yang betul. Hilang 3 inch di pinggang dan berinchi2 di tempat lain. Mendoakan coach berjaya.

Was this review ...?

zuraom35

1 Reviews

Motivated

5/ 5

Never have I imagined that i will be part of this program. After many reluctant moments, i finally decided to join under Coach Latif. The best moment ever!! I just cannot wait for each session as i am so motivated by his workout. He never gives up on us! Looking forward to join his program in the near future.

Was this review ...?

mohdnazli42

1 Reviews

Coach Latif yang sangat komited

5/ 5

JK1M9 menemukan saya dengan beliau. Seorang coach yang sangat komited untuk membantu kami dalam perjalanan menjadi sihat. Sanggup berulang-alik dari Bangi ke Alor Gajah setiap minggu demi membantu kami. Tempoh 6 minggu yang menyeronokkan. Banyak ilmu yang beliau curahkan. Siapa sangka nak jadi sihat boleh menjadi sesuatu yang menyeronokkan.

Was this review ...?

arhammelon72

1 Reviews

Loss 20kg dengan coach Latiff

4/ 5

Mesotropin fitness challenge menemukan saya dgn beliau dan coach salwah journey 5minggu yg fun dan padat info hasilnya 133kg-113kg dlm 27hari atas support dari mereka termasuk team members abg Saadon,suriati, sya, Abu, Kak ain n abg Fazli, tq semua

Was this review ...?

faznor62

2 Reviews

Very Versatile Trainer

5/ 5

Coach Latif is very versatile in his trainings. He is knowledgeable, hardworking and his determination to achieve his goals has been inspirations to many. He is very helpful and understanding- thus he will guide you through your fitness journey without any stress. His friendly and jovial personality will definitely make your every session an enjoyable one!

Was this review ...?

wanqhairiz19

1 Reviews

Pengalaman Terbaik dengan Coach Latif

5/ 5

Alhamdulillah, diberi peluang untuk mengenali Coach Latif yang sangat komited dan bersemangat dalam bidang fitness. Bagi yang mendaftar di bawah seliaan Coach Latif, anda sebenarnya telah memilih coach yang terbaik untuk menolong anda menurunkan berat badan dan memiliki berat yang ideal. Banyakkan bertanya kerana beliau amat pemurah dengan tips dan ilmu yang bermanfaat. Tahniah dan selamat berjuang!

Was this review ...?

Rate us and Write a Review

Your Rating for this listing

angry
crying
sleeping
smily
cool
Browse

Your review is recommended to be at least 140 characters long

  • Price Range RM300

Claim This Listing

Additional Details

  • Sesuai Untuk BMI >40?:Yes
  • Sesuai untuk bekas peserta?:Yes
  • Sesuai untuk umur 50+?:Yes
  • Sesuai untuk beginners?:Yes
  • Sesuai untuk kanak2?:Yes